” Tahniah PUTEH !!! “

Juara Maharaja Lawak Mega 2019, Akhirnya Kejayaan Memihak Kepada Puteh. Terbaik !! 

Maharaja Lawak Mega akhirnya sampai ke pentas akhir. Seramai 5 kumpulan berjaya ke peringkat akhir iaitu Bocey, Rare, Zero, Puteh dan Jborn. Setelah berhemp4s pulas selama 11 minggu menghiburkan para penonton, segala usaha peserta menampakkan hasil.

Pentas akhir semalam menyaksikan kehebatan semua peserta menjayakan 2 segmen iaitu tema bebas dan muzikal. Namun persembahan dari Puteh memuk4u tidak hanya juri malahan penonton di dewan dan di rumah. Walau dalam jenaka namun mampu membuatkan jernih mutiara mengalir di pipi.

Puteh yang mana dianggotai oleh Ali Puteh, Mamak Puteh dan Man Raja Lawak menjadi gandingan yang mantap. Walaupun ini adalah kali pertama mereka bergandingan, nyata kesungguhan dan keserasian antara mereka berjaya mencur1 hati semua. Persembahan yang amat padu dengan 5 haa bagi setiap tema. Terbaik Puteh !

Menerusi akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan video pentas akhir Maharaja Lawak di mana kejayaan berpihak kepada kumpulan Puteh. Airmata kegembiraan mengiringi kumpulan ini setelah 4 tahun mencuba nasib akhirnya mereka berjaya juga bergelar Juara !

Jom tonton video di bawah :

” Tahniah PUTEH !!! Juara Maharaja Lawak Mega 2019 !! Yeahhh selesai sudah. Terima kasih kepada semua penyokong.. ” 

Rata-rata netizen gembira dengan kemenangan ini. Antara komen-komen netizen :

” Tahniah puteh.. Rezeki Allah dah tentukan.. “

” Tahniah Puteh, kamu memang layak menang. Tiap-tiap minggu memberikan persembahan yang konsisten. Paling tak dapat lupakan ialah pergi cari ayam kat Thailand.. Aduh paling kelakar. Sampai skrg la tak leh nak move on.. “

” Alhamdulillah rezeki Puteh.. “

” Tahniah juara #maharajalawakmega2019 Puteh… Alhamdulillah… Rezeki… Sudah lame puteh menunggu untuk juara … Akhirnye dapat jugak.. “

” Ni orang kata dalam gelak ketawa ada tangisan…. Congrats puteh terbaikkk.. “

” Tahniahhh memang layak menang !.. “

Sememangnya persembahan Puteh benar-benar menghiburkan hinggakan mendapat 5 haa dari juri untuk kedua-dua bahagian persembahan. Tawa dalam tangisan hingga buatkan juri menangis menitiskan airmata. Kami di Berita Kopak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan ini dan moga terus maju di masa hadapan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, IG Mamak Puteh by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..