“Tahniah Nabil dan Zira “

Isteri Nabil Sudah Selamat Melahirkan Anak Yang Ke-3 Petang Tadi.. Comel  Sangat !!!

Ahmad Nabil bin Ahmad ialah seorang pelawak, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan pelakon Malaysia yang berasal dari Mambau, Negeri Sembilan.Beliau menjadi terkenal semenjak menjuarai musim kedua rancangan realiti pencarian bakat komedi Raja Lawak Astro, oleh itu beliau lebih dikenali sebagai Nabil Raja Lawak oleh orang ramai.

Kini, beliau mengacarakan rancangan hiburan MeleTOP dan Gegar Vaganza serta melibatkan diri dalam lakonan filem dan siri TV tempatan. Nabil juga boleh dikatakan “Stand-up comedian” berbahasa melayu yang paling popular di Malaysia. Beliau juga telah membuka produksi perfileman sendiri yang bernama Nabil Production.

Nabil berkahwin dengan Nazirah Ayub pada 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan, Nayla Mikayla, Leyla Medina dan yang ketiga baru sahaja dilahirkan hari ini.

Terbaru, di laman Instagram Melet0p, sebuah kapsyen dan beberapa keping foto telah dimuat naik. Meletop telah menyatakan isteri kepada Nabil Ahmad sudah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 1.00 petang tadi. Ini bermakna Nabil telah mempunyai 3 orang cahaya mata perempuan.

Menurut Melet0p lagi, Nabil dan Zira akan umumkan dan berkongsi nama bayi perempuan yang comel itu secara Eksklusif di rancangan Melet0p. Jadi siapa yang nak tahu boleh la menonton Melet0p pada minggu hadapan.

Jom tengok foto-foto anak ketiga Nabil dan Zira di bawah :

” Tahniah Bambil nabilzira & zira ayub selamat melahirkan baby girl jam 1.00 tengahari tadi. 3 anak dara dah hehehehe. “

” Selamat berpantang ya Oh! Nanti Nabil akan umumkan & share nama baby girl comel lotey ni secara Eksklusif dekat MeleTOP next week tau! Korang jangan lupa tengok ok! MeleTOP “

Rata-rata pengikut Melet0p mengucapkan tahniah kepada Nabil dan Zira di atas kelahiran anak yang ketiga ini. Antara komen-komen mereka :

” Congrats nabil n wife “

” Omgg im cryinggg congrats abang nabil “

 ” Alhamdulillah Tahniah “

” Memang Sgt murah rezeki keluarga nabilzira Tahniah “

” Tahniah nabil nabilzira selamat melahirkan baby girl “

” Tahniah nbil n zira.. bby girl yg ke 3.. “

Alhamdulillah, Tahniah Nabil Ahmad dan Zira. Selamat berpantang untuk Zira. Kami di Berita Kopak mendoakan Nabil, isteri serta anak-anak sentiasa di dalam lindungan Allah selalu. Amin

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG NabilZira by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..