” Tahniah kak Lisdawati dan abang Fauzi dapat menantu.. ” -Netizen

Majlis Perkahwinan Anak Sulung Lisdawati Dan Fauzi Nawawi Dalam Normal Baru Jadi Perhatian Netizen. Wah, Dah Dapat Menantu Yer, Tahniah !!

Siapa tidak mengenali akan pasangan selebriti yang sering mendapat pujian ramai akan hasil lakonan mereka iaitu Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi. Pasangan ini juga antara pasangan selebriti yang dilihat sangat sepadan dan sejiwa. Meskipun masing-masing telah pun berusia 40-an mereka kelihatan tetap muda.

Untuk pengetahuan, sebelum Fauzi menikahi Lisdawati, dia pernah mendirikan rumah tangga dan hasil daripada perkahwinan itu, Fauzi telah dikurniakan empat orang cahaya mata. Namun setelah bergelar duda, Fauzi sekali lagi telah mendirikan rumah tangga bersama Lisdawati pada tahun 2007 dan dengan perkongsian hidup bersama, kini mereka telah pun dikuniakan empat orang anak.

Meninjau di akaun Instagram milik Lisdawati telah berkongsi beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan anak Fauzi yang pertama iaitu Nurul Hainil Fatihah, 25 pada hari sabtu lalu. Majlis yang penuh kesederhanaan itu berlangsung di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Menerusi perkongsian itu juga, Lisdawati  berkata majlis tersebut hanya diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja. Dalam masa yang sama, Lisdawati turut memohon maaf atas segala kekurangan serta jumlah jemputan yang terhad pada majlis tersebut kerana mengikuti prosedur standard bagi menangani penul4ran wab4k  C0v1d-19 yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Alhamdullilah, segalanya berjalan dengan sempurna dan lancar…

Dengan perkongsian gambar sekitar Walimatulurus itu, rata-rata netizen turut memberikan ucapan tahniah kepada Lisdawati dan Fauzi. Antara komen-komen tersebut adalah :

Tahniah Kak Lis.. cantekknya mak pengantin.. Naik seri kaler tu

Tahniah kak lis dan suami dpt menantu ya semoga berbahagia anak menantu ke jannah ameen

Wahhh nasi minyak, tahniah buat sis sekeluarga dpt menantu.. Semoga di permudahkan segala urusan.. Aamiin

Tahniah tihah selamat pengantin baru.. Tahniah jgk buat kak Lis & abg dah dapat menantu

Tahniah akak, tak lama lagi akan dapat pangkat baru le, datuk dan nenek.. “

Tahniah lutk pengantin semuga rumahtangga yang mereka bina berkekalan hingga ke syurga.. “

Tahniah Fauzi dan Lisdawati.. Semoga makin bertambah berkat dan rahmat Allah SWT dalam keluarga.. “

Alhamdulillah segalanya selesai dan dipermudahkan. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah kepada Lisdawati dan Fauzi Nawawi  akan majlis perkahwinan anak mereka. Semoga ikatan suci ini kekal hingga ke jannah dan bahagia selalu. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lisdawati

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..