” Tahniah baby 2020.. “

Izara Aishah Umum Sedang Hamil 6 Bulan. Wahhh Ada Kawan Baru Lagi Lah Aafiyah Lepas Ni. Tahniah Izara Dan Adib !!

Nama pelakon cantik Izara Aishah atau pemilik nama sebenar Izara Aishah Hisham ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Izara pernah menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2009/10 yang turut disertai oleh Neelofa, Anzalna Nasir, Ramona Zamzam, Syatilla Melvin dan Azar Azmi. Izara mula aktif dalam bidang lakonan sejak dari tahun 2011 sehingga sekarang.

Umum mengetahui Izara telah berkahwin dengan Adib Khalid iaitu anak kepada ahli perniagaan ternama, Dato’ Khalid Mohamed Jiwa dan juga merupakan anak tiri kepada penyanyi terkenal negara kita, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Pasangan ini telah diijabqabul pada 17 November 2017.

Seperti mana pasangan lain yang sudah berkahwin, Izara dan Adib juga tidak terkecuali sering dias4k dengan pertanyaan mengenai anak. Namun pelakon drama bersiri Ombak Rindu dan suaminya ini tidak cepat  melenting dengan pertanyaan itu.

Yang terbaru menerusi laporan Mstar yang dikongsikan di laman Instagram, Izara kini dikhabarkan sedang hamil anak sulungnya. Alhamdulillah kini sudah masuk ke bulan yang ke enam. InshaAllah tak lama lagi Dato’ Khalid dan juga Dato’ Siti Nurhaliza bakal menimang seorang lagi cucu.

Baca perkongsian Mstar di bawah :

” Wah dalam diam tau, tiba-tiba dah enam bulan. Tahniah @izaraaishahofficial dan suami.. “

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah buat Izara dan suaminya. Antara komen-komen peminat :

” Tahniah @izaraaishahofficial semoga izara sihat n bby dlm kndungan… take care.. “

” Tahniah baby 2020.. “

” Tak kan nak bising pulak.. “

” Diam-ii ubi berisi… pelik nie min… diam-ii perut lak berisi… perut mmg berisi… sbb hari-ii kita isikan dengan mkn kan.. “

” Tahniah Izara dan suami. Semoga dipermudahkan semua urusan.. “

Alhamdulillah syukur, rezeki kurniaan daripada Allah. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah buat Izara dan juga Adib. Semoga kehadiran cahaya mata ini nanti akan mengeratkan lagi kasih sayang antara suami isteri dan keluarga. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mstar, Izara Aishah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..