” Tahniah Anzalna. Keturun4n yang ditunggu oleh keluarga Nasir.. “

Cara Anzalna Mengumumkan Jantina Anak Dalam Kandungannya Serius Win, Buat Ramai Yang Sebak Dan Terharu !!

Nur Anzalna Md Nasir atau lebih dikenali sebagai Anzalna Nasir ialah seorang model dan pelakon wanita Malaysia. Anzalna merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010 bersama-sama dengan Neelofa, Izara Aishah, dan Syatilla Melvin.

Anzalna merupakan anak kedua daripada lima beradik yang kesemuanya perempuan, dilahirkan di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan memiliki darah kacukan Melayu, Cina ,Pakistan dan Bugis. Bapanya berketurunan Cina manakala ibunya berketurunan Pakistan.

Pada Tahun 2016, Anzalna telah berkahwin dengan kenalan lamanya yang juga seorang ahli perniagaan iaitu Hanif Zaki. Dan ketika ini mereka sedang menanti kelahiran anak pertama mereka setelah lama menanti.

Terbaru, di laman Instagram Officialhlive telah memuat naik sebuah video pengumuman dari Anzalna ini. Pada awalnya, semua yang berada pada majlis tersebut tidak sabar-sabar menanti jawapan daripada Anzalna.

Dalam video tersebut Anzalna diiringi oleh seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-perempuan di kiri kanannya. Kanak-kanak tersebut adalah simbolik kepada bayi yang berada di dalam kandungannya.

Inilah masa yang ditunggu oleh setiap tetamu yang hadir. Anzalna akan memecahkan belon yang berada di tangan kanak-kanak tersebut. Jika belon yang dipegang oleh kanak-kanak lelaki dipecahkan bermakna bayi yang berada dalam kandungannya lelaki, begitulah sebaliknya.

Saat belon yang dipegang oleh kanak-kanak lelaki tersebut dipecahkan, semua tetamu bersorakan. Maka terjawablah sudah jantina bayi di dalam kandungan Anzalna.

Jom tonton video pengumuman di bawah :

” Anzalna Nasir mengumumkan jantina kandungannya kepada umum. Tahniah anzalna nasir dapat baby boy !! “

Rata-rata pengikut di laman Instagram Officialhlive mengucapkan tahniah kepada Anzalna. Ini komen-komen mereka :

” Kadang2 bila Allah bg lambat tu ada hikmah nya dan yg lambat tu selalu yg terbaik… tahniah… Allah maha mengetahui “

” Alhamdulillah. Semoga selamat melahirkan baby nanti. Akhirnya akan ada baby boy dlm kluarga Nasir “

” Semoga segalanya d permudahkan dan dlm keadaan yg baik.. Aamiin ”ย 

” Btul tekaan i.. Tgk pon da tau boy. Congrats anzalna nasir . pemecah tradisi. 1st boy “

” Yess betol.. tengok perut dah tahu “

Ini kapsyen beserta gambar yang dimuat naik oleh Anzalnaย  semalam :

” Suprising people is fun. I just love looking at their reactions. InsyaAllah my majlis kesyukuran and gender reveal is tomorrow! Rasa-rasa anak perempuan ke lelaki? “

” Adakah i akan mencipta sejarah dalam keluarga yang penuh perempuan Hahahahhahahhaha Siapa dapat teka dengan betul memang hebat ! “‘

” It is going to be a memorable event and I would like to share this beautiful moment with my fans. Siapa nak join esok at 11am? “

Tahniah Anzalna!. Kami di Berita Kopak mendoakan Anzalna dipermudahkan untuk melahirkan anak dan dilindungi Allah di mana sahaja Anzalna berada. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Anzalna Nasir by Berita Kopak & Content Media.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..