” Syok tengok korang bercuti.. “

Gambar-Gambar Percutian 5 Selebriti ini Secara Solo Tanpa Anak Dan Suami Menarik Perhatian Netizen. Rupanya Ada Sambutan Istimewa Di Sana !!

Percutian bersama kawan-kawan pastinya seronok jika kawan-kawan tersebut mempunyai minat yang sama dengan kita. Dalam erti kata lain bercuti bersama rakan yang ‘sekepala’. Pastinya percutian tersebut akan menjadi satu memori indah buat kita.

Namun, adalah sukar untuk merancang percutian dengan kawan-kawan yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Ini kerana masing-masing sudah sibuk dengan komitmen sendiri. Tapi jika dapat dirancang dengan baik pastinya akan berjaya mengadakan percutian ‘BFF’ seperti yang dilakukan oleh lima selebriti ini.

Nabila Huda, Sherry Al-Hadad, Nad Zainal, Jihan Muse dan Sharifah Sakinah bercuti secara solo di Bali, Indonesia bersama-sama beberapa rakan mereka yang lain. Tujuh daripadanya sudah berkahwin manakala dua lagi masih bujang.

Menerusi akaun Instagram Nad Zainal, beliau berkongsi gambar percutiannya bersama BFF. Destinasi yang dipilih mereka ialah Bali, Indonesia. Percutian yang dikira seperti ‘me-time’ untuk mereka kerana masing-masing meningg4lkan anak dan suami. Sporting juga suami masing-masing kerana sanggup jagakan anak.

” ULUWATU TEMPLE “

View this post on Instagram

ULUWATU TEMPLE

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal) on

Jihan, Sherry, Nabila dan Sakinah turut memuatnaik gambar-gambar percutian mereka di akaun media sosial masing-masing :

” Bvrnt “

View this post on Instagram

Burnt

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal) on

” Maduku ke laut betul ni  @jihanmuse “

View this post on Instagram

Maduku ke laut betul ni 😂😂 @jihanmuse

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

” Salam sore dari Uluwatu.. “

View this post on Instagram

Salam sore dari Uluwatu..

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

Apa yang lagi menarik, mereka turut menyambut hari jadi Jihan di sana.

” Happy birthday to most lovable human on earth @jihanmuse !!! We love you! “

Rata-rata netizen memuji kecantikan kelima-lima selebriti ini. Antara komen-komen netizen :

” Syok tengok korang bercuti.. “

” Dari tadi aku perhati, Nabila paling cantik antara semua.. “

” Cantik-cantik semua.. “

” Cantik latar belakang tu.. Jihan pun cantik juga.. “

” Best ada kawan baik. Sampai bila-bila pun berkawan .. i kawan baik pun takde.. Bila kita susah semua tak nak kawan.. “

” Cantik sungguh Nad.. “

” Seronoknya ada BFF macam ni.. “

Seronok bila ada kawan baik yang begitu setia berkawan dari kecil sehingga dah berkeluarga. Inilah yang dikatakan sahabat sejati. Kami di Berita Kopak mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Jihan Muse. Semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia di samping keluarga tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sharifah Sakinah, Nabila Huda, Nad Zainal, Jihan Muse, Sherry Al-Hadad by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..