” Sweet tengok Nora peluk Fasha. Tak Teringat langsung Fasha dengan Nora pernah bersengket4 dulu.. “
Kemesraan Nora Danish Dan Fasha Sandha Di Set MeleT0P Buat Netizen Terharu. Terbaiklah Macam Tak Pernah Jadi Apa-Apa Sebelum Ni. Sweet Sangat !!!
Peminat rancangan MeleT0P pastinya menanti-nantikan kedatangan hari Selasa untuk menyaksikan rancangan popular ini. Membariskan Nabil Ahmad sebagai hos tetap, MeleT0P edisi 2020 menampilkan pembaharuan dengan menjemput hos jemputan berbeza bagi setiap episod.
Dan pada kali ini pelakon comel Nora Danish menjadi hos jemputan bersama Nabil. Nora Danish mula dikenali menerusi sitkom ‘puteri’. Nora telahpun berkahwin dengan Nedim Nazri dan mempunyai seorang cahayamata diberi nama Mohamed Neqayl Nedim.
Manakala Fasha Sandha yang juga merupakan pelakon dan duta produk kosmetik Aurakasih merupakan anak kelahiran Johor Bahru namun dibesarkan di Pulau Pinang. Fasha telahpun membina mahligai bahagianya bersama aktor Aidil Aziz kini sedang hamil anak pertama mereka.
Menerusi saluran Youtube MeleT0P, telah dikongsikan video semasa rancangan itu bersiaran semalam yang menampilkan Nora Danish sebagai hos jemputan. Menggamatkan suasana apabila Fasha Sandha tampil ke pentas sebagai artis jemputan.
Peminat bersorak gembira menyaksikan aksi dua jelitawan ini yang amat mesra dan penuh dengan gelak tawa. Baik Nora mahupun Fasha kelihatan amat gembira bergandingan bersama di atas pentas. Celoteh dan gurau senda mereka juga menghiburkan penonton.
Rata-rata netizen gembira dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :
” Sweet tengok Nora pel0k Fasha… “
” Kekal kan nora danish jadi hos please .. And suka sangat tengok nora dan fasha mesra , so professional.. “
” Aku tengok kat tv tadi, aku tak teringat langsung Fasha dengan Nora pernah bersengket4 dulu.. “
” Nora sporthingggg.. Fasha profesional ar dengan nora.. “
” Good. Profesionalism seperti ini yang kita mahukan. Kerja is kerja. Lagipun kes dia orang bergad0h dulu tu dah lama sangat dah. Masing masing pun dah ada pengganti.. “
” Rilekss je fasha dengan nora.. “
Betullah kata orang, pahit akan manis akhirnya. Fasha dan Nora satu contoh yang baik untuk semua pasangan bahawasanya persengket4an bukanlah jalan terbaik. Untuk bahagia, mereka lebih memilih untuk berdamai kerana apa sahaja yang telah terjadi, itu sudah suratan takdir.
Dan Allah telahpun hadirkan kebahagiaan yang berganda-ganda buat Fasha dan Nora. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Nora Danish dan buat Fasha Sandha moga dipermudahkan segala urusan sepanjang kehamilan sehinggalah selamat melahirkan nanti.. Aamin
Sila tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG MeleT0P, IG Nora Danish, Youtube Channel MeleT0P by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..