” Sweet je suami isteri ni cakap, lemah lembut betul. Lawak part minta motor baru.. ” – Netizen
Video Hairul Azreen Kongsi Berita Gembira Kemenangannya Dalam Pertandingan Lumba Motor Kepada Hanis Zalikha. Baik Punya Strategi Ye Hairul, Tersusun Je Ayat Minta Izin Nak Beli Motor Baru Tu. Part Reaksi Hanis Yang Last Tu Kelakar !!
Bagi yang mengenali pasangan selebriti ini pasti mengetahui mereka adalah antara pasangan yang dilihat begitu serasi dan romantik. Perkongsian Hairul Azreen dan isterinya, Hanis Zalikha sering mencur1 perhatian ramai di media sosial.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Hairul telah memuatnaik satu video Hairul berkongsi berita gembira kepada Hanis atas kemenangannya dalam perlumbaan motosikal menerusi Champion Yamaha Open.
Dalam video itu, anak kedua pasangan ini, Alisa telah membawa piala kemenangan Hairul kepada Hanis yang baru sahaja selesai menunaikan solat. Kedengaran Hanis telah mengucapkan tahniah kepada Hairul atas kejayaan yang diperolehinya.
Namun di hujung video, sempat Hairul meminta izin kepada Hanis untuk membeli motosikal baharu jenis Honda. Reaksi Hanis setelah mendengar hasrat Hairul sangat mencuit hati. Sehingga kini posting Hairul tersebut telah mendapat lebih 22 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen pula, rata-ratanya menyukai video Hairul dan ada yang memuji cara Hairul dan Hanis bercakap yang dikatakan begitu lemah-lembut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sweet je suami isteri ni cakap, lemah lembut betul patut dicontohi pasangan lain. Hehe lawak part minta motor baru.. “
” Patutlah Hanis lemah lembut orangnye, tengoklah Hairul cakap pon lemah lembut jugak. Semoga terus bahagia.. “
” Boek punya susun strategi utk permohonan nak beli motor, eh Hairul minta izin lg. Para suami di luar sana blh cthi ye, baraqah hdkNya.. “
” Phm ke idok tu kek nis, kalau aku mmg tak phm, tp pur42 paham la, haha. Lps abes rekod aku buat tak tahu apa yang diminta tu hahahaha.. “
” Dia panggil anak backup lah nak beli motor baru. Hahahaha terbaik lah Hairul. Comel tengok reaksi Hanis.. “
” Menteri kewangan tengah fikir untuk luluskan budget. Tahniah Hairul, power lah juara kot. Moga dapat lah motor baru.. “
” Antara pasangan yang paling aku suka tengok. Memang sweet bukan t1pu2 punya. Comel je dengar dorang bercakap.. “
Woww hebat lah Hairul, juara Champion Yamaha. Apa-apa pun memang suka tengok kehidupan pasangan bahagia ni. Semoga rumah tangga Hairul dan Hanis akan terus mekar bahagia dan berkekalan hingga ke jannah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG hairulazreen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..