” Sumpah lawak hahaha. Berdekah aku gelak.. “

Video Parodi Acik Kelawar Yang Serius Win. Part Yang Last Tu Paling Kelakar. Kreatif Betul !!

Drama Nur 2 baru sahaja melabuhkan tirainya pada hari Khamis yang lalu. Sebanyak 15 episod ditayangkan di kaca televisyen rumah anda menerusi slot Samarinda di TV3. Drama yang menjadi trending dan perbualan ramai ini mempunyai jalan cerita yang membuatkan penonton menghayatinya dengan pelbagai em0si.

Walaupun episod terakhir sudah ditayangkan beberapa hari yang lalu, tetapi watak Ustaz Syed Hamadi yang dibawa oleh pemenang Anugerah Pelakon Antag0nis Pilihan Anugerah DFKL 2019, Azhan Rani masih diperkatakan sehingga kini.

Malah ada yang ‘merindui’ wajahnya dan gelagat Ustaz Hamadi setelah Drama Nur 2 telah berakhir ditayangkan. Walaupun membawa watak seorang yang berperwatakan jah4t, namun lakonan Azhan sangat menjadi dan berkesan membuatkan orang benc1 dan dalam masa yang sama terhibur dengan aksinya yang mencuit hati.

Selain watak Ustaz Hamadi, watak ‘Acik Kelawar’ lakonan Uchee Fukada yang merupakan jiran Nur ini juga turut mendapat perhatian ramai. Rupa-rupanya selain memegang watak sebagai Jiran Nur, Uchee juga merupakan penolong pengarah Drama Nur.

Wataknya yang kepochi dan sering memakai baju kelawar membuatkan ramai penonton yang terhibur. Cara bercakap sangat laju, sampai Ustaz Adam pun tak faham apa yang ‘Acik Kelawar’ cuba sampaikan. Alahai serius kelakar part ‘woshu.. woshu.. ‘ tu.

Seorang pemilik akaun Instagram yang bernama Syafiq Nasir menjadi viral apabila video parodi Drama Nur 2 lakonannya menjadi viral. Menerusi video yang dikongsikan, Syafiq memparodikan watak Acik Kelawar bercakap dengan Ustaz Adam.

Apa yang menariknya gaya dan lakonannya sangat menjadi dan sama dengan lakonan Uchee. Dialah ‘Acik Kelawar’, dialah juga Ustaz Adam. Serius kelakar !!

Video ini mendapat perhatian ramai sehingga memperolehi banyak komen dan likes. Part yang last tu yang paling kelakar. Jom tonton video di bawah :

” Akak siti Nur Woshu woshu ni bukan beshe beshe beb. Dia punya cakap tu membuatkan semua rappers bergetar. Hi peminat cerita #Nur2 jangan murung ok.. “

” Kepada @syafiqkylez amacam lakonan saya? hahahaha @brgsjks @lawaktahapdewa @iflixmy @tv3malaysia @majalahremaja @khiriah17 @aamyrarosli @azarazmi @azhan_rani @budakijat #ucheehanatchallenge the hero @ucheefukada absolutely.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan video lakonan parodi oleh Syafiq ini. Antara komen-komen netizen :

” Hahaahaha power la syapik. Terhibur sis.. “

” Thanks for my breakfast, ending tu paling menang.. “

” Hahahahahahahaa makcik kelawar.. “

” Terhibur aku tengok video ni.. “

” MasyaAllah sisthurrrrrr menghiburkannn.. “

” Ya Allah! Yg pakai tuala merah tu kenapaaaaaaaaa?! “

” Muka dah mcm uchee dah akak tgk.. “

” @azhan_rani tolong tengok ni.. mintak tolong sgt.. hhahahahahha.. “

” Alaaa ngeknyaa yang last sekali gambar lagi tak tahan.. “

” Bongo0kkkk…. Berdekah aku gelak…. Sama do… Hahahhahahaha.. “

” Sumpah lawak hahahahahahaha ! “

Part ending tu memang best. Boleh merem4ng bulu roma tengok gambar-gambar tu. Huhuhu. Tahniah kepada Syafiq. Anda memang kreatif dan berbakat besar.

Teruskan menghasilkan karya-karya yang menghiburkan orang ramai. Mana tahu, suatu hari nanti boleh jadi pengarah filem atau pelakon tersohor kan. All the best !!

Silakan SHARE dan tag kawan-kawan anda..

Sumber : IG Syafiq Nasir by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..