” Sumo patuh syariah lah sangat. Part ni lawak, macam manalah Si Madi ni boleh terfikir nak jadi pengulas sukan. Geliga betul otak dia.. “

Lakonan Azhan Rani Buat Ramai Gelak Berdekah-Dekah !!

Drama Nur 2 membuatkan penonton lebih em0si dengan lakonan pemenang Anugerah Pelakon Antag0nis Pilihan Anugerah DFKL 2019, Azhan Rani yang memegang watak Ustaz Syed Hamadi, watak seorang Ustaz yang menyalahgunakan agama untuk kepentingan diri sendiri atau digelar penungg4ng agama.

Ustaz Hamadi kini sudah keluar dari penjara setelah dijamin oleh isterinya Aishah, lakonan Noorkhiriah. Ingatkan sudah insaf, tetapi masih menjadi-jadi perangai Ustaz Hamadi ni membuatkan ramai yang ger4m dengan watak yang dibawah oleh Azhan Rani ini.

Bakat lakonan pelakon Azhan Rani atau pemilik nama sebenar Azhan Abdul Rani yang selalu membawa watak antag0nis tidak perlu dipertikaikan lagi. Walaupun namanya sebelum ini kurang dikenali, tetapi wajahnya sering muncul di kaca televisyen menerusi drama-drama tempatan.

Sering membawa watak sebagai pembantu dan bukannya watak utama, tetapi watak yang oleh Azhan Rani nampak sangat real dan memang sangat menjadi. Bagilah apa sahaja watak kepadanya, pasti akan dilakonkan dengan berkesan sekali dan sampai ke hati penonton.

Menerusi akaun Instagram, Rani berkongsi babak semasa Ustaz Hamadi melihat Nur lakonan Amyra Rosli dan Aishah lakonan Norkhiriah jatuh dalam kolam. Yang menariknya boleh pula Ustaz Hamadi menjadi pengulas sukan masa-masa macam ni.

Aduiii tak tahu nak ger4m ke nak gelak dengan perangai Ustaz Hamadi ni. Memang gampak lah, kelakar weh. Tak jadi nak mar4h-mar4h. Padan muka Ustaz Hamadi kena tempeling dengan Ayah Haji. Opsss teremosi pulak. Hahaha..

Jom baca perkongsian Azhan Rani dan tonton video di bawah :

” Sementara tunggu jam 10:00 malam ni mari kita check berita sukan.. lately ni macam minat pulak dengar berita sukan.. #jumpa malam ni.. “

” Sayangkan anak tangan2 kan.. i know ayah haji love me.. jap lagi bagi dia @aiskrimikat sebatang settle la tu.. muaahhh muaahhh …  sayang dengarkanlah.. “

Syafiq Kyle turut memuatnaik gambar Azhan Rani selepas berlakon adegan di atas di akaun Instagram miliknya. Alahai memang nak kena Ustaz Hamadi ni !!

” Lepas kena belas4h dengan ayah haji, terus Madi duduk bersimpuh. Sopan sungguh… #nur2 #setulusikhlas.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan lakonan Azhan Rani dalam episod kali ini. Dalam ger4m-ger4m tak boleh nak gelak tu. Antara komen-komen netizen :

” Yang hebatnya mcm mana diorang boleh tahan gelak.. “

” Sumo patuh syariah, ni memang dlm skrip ke dh adlip je ni.. “

” Hahaha.. Part ni lawak.. mcmana la si Madi ni boleh terfikir nak jd pengulas sukan… Geliga betul otak dia… Tahniah sebab berjaya jd ustaz yg paling dibenci oleh rakyat Malaysia… “

” Hahaha..rasa nur2 ni watak utama adalah ustaz madi.. “

” Patuh syariah…. Kuangajoooo…. Hahahahaha.. “

” Tgk nur2 sebab uztad hamadi sewel dgn ecah pembaris. @azhan_rani lakonan A+++ , terbaik abang..n”

” Hahahahahah… ulang banyak kali scene yg ni tetap ketawa jugak…sumo patuh syariah..hahahahah.. “

” Pengulas sukan asal boleh… Atas kopiah bawah seluar pisang .. “

” Boxer gambar pisang2 x tahan tu. dlm mnyampah kdg kelakar.. “

Salutelah Azhan Rani, berjaya bawa watak yang buat orang benc1 dalam masa yang sama buat orang bergelak ketawa dengan aksi lakonannya itu.

Sebelum ini Ustaz Hamadi pernah mengigau masuk Nur menyanyi lagu Bobo Di Mana, lagi satu dalam sedih-sedih boleh pula dia mintak 2 biji telur. Aduhai kelakar. All the best Azhan Rani !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Azhan Rani by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..