” Suka tengok keikhlasan Kak Abby dan Memey, memang satu kepala.. “

Video Abby Abadi Buat Kej0tan Sambutan Hari Lahir Pengasuh Anak, Buat Ramai Tersentuh. Untung Dapat Majikan Baik Macam Ni !!

Ramai sedia maklum pelakon dan pengacara Norman Hakim dan Abby Abadi pernah berkahwin sebelum ini. Hasil perkahwinan itu, Norman dan Abbay dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Maria Danisha Hakim.

Namun jodoh mereka tidak berkekalan dan akhirnya mereka berp1sah. Walaupun sudah tidak lagi mempunyai hubungan sebagai suami isteri, namun hubungan silaturrahim antara keluarga Abby dan juga Norman sangat erat bagaikan satu keluarga besar.

Kini masing-masing sudah bertemu pengganti dan bahagia dengan pasangan mereka. Norman kini bahagia bersama pelakon Memey Suhaiza. Melalui perkahwinan dengan Memey, pasangan ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.

Abby juga kini sedang bahagia bersama suaminya, Muhammad Faizal dan mereka telah mengambil dua orang anak angkat sebagai penambah seri dalam keluarga mereka iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia. Abby kini juga sedang hamil anak keempatnya.

Menerusi akaun Instagram, Abby berkongsi video membuat kej0tan hari lahir buat pembantu dan pengasuh anak-anaknya yang bernama Aziah. Video yang dikongsikan itu turut memaparkan Memey Suhaiza membawakan kek. Aziah kelihatan terkej0t dan dalam masa yang sama rasa sangat terharu.

Alahai baiknya Abby, seronok dapat majikan baik yang sudah anggap macam keluarga sendiri. Jom tonton video di bawah :

” Taraaaaaa. Berkesempatan juga meraikan birthday @ainaabeauty.azieah (kesayangan @daiyandayana ) yg ke 21 walaupun dah lambat seminggu hihi.. “

” Kebetulan masa harijadinya haritu Sy & suami berniaga di Brunei. Jadi kita usahakan hari ni. Manja2 je. Pilihan lokasi @langgaqbihunsuputara itu mmg utk mengembirakan Aziah sbb makan sedap situ kan Aziah? Hihi.. “

” Terima Kasih utk @memeysuhaiza sudi bersama meraikan & belanja kek hehe.. Terima Kasih juga Kak Chik, Adik Shakinah yg ada bersama & Tak lupa.. “

” Terima Kasih pada Restoran Langgaq belanja birthday girl hari ni. Kami yg lain bayar haha.. #adasambunganpart2.. “

” Sanah Helwah Aziah #part2. Alhamdullillah syukur ada Aziah. Tolong bantu jaga @daiyandayana lebih setahun dah. Walaupun ada drama sikit sana sini.. tapi takde hal lah sebab kerja dia tip top haha.. “

” Banyak yg manissss2.. itu yg sebenarnya.. sbb tu sayangggg sangat kt dia mcm adik sendiri. Sangat2 buleh diharap. TQ tau Aziah sudi sign kontrak 5 thun dgn kita. Jangan lari tau. Kita pulisss.. jaga2.. “

Rata-rata peminat terharu dengan video kej0tan sambutan hari lahir untuk Aziah. Antara komen-komen peminat :

” Syukur..Blh org jga baby kta dgn baik .. Alhmdulillah lega sgt… nk kje n g outstation pun xrisau Sgt.. Sgt fhm Dpt baby sitter yg baik… slh satu cara kt hrgainya.. “

” Hahaha bab ‘kita pulis’ tu tak tahan. Kak abby ni lawak la.. Sanah Helwah Aziah.. “

” Happy birthday aziah.. bertuah. nanti jaga baby baru leklok yee.. “

” Mummy dan mama ni mmg satu kepala.. apa diorg buat menjadi. alhmdulillah doakan keluarga ni diberkati Allah.. Aamiin.. “

” Bagusnya kak aziah pandai jaga budak.. tua dia setahun dari saya.. nampak ciri ciri keibuan dia.. boleh kawen dahh. sanah helwah kak aziah.. “

” Terkejut adik aziah.. selamat hari lahir aziah.. semoga dimurahkan rezeki dan berbahagia disamping orang orang tersayang.. “

” Suka tgk keikhlasan kak @abby_abadi112 Dan memey @memeysuhaiza.. “

Baiknya hati Abby dan Memey, sering menghargai orang-orang yang di sekeliling mereka. Bila orang jaga anak kita dengan baik dan ikhlas, rasanya tidak salah untuk kite meraikan dan membuat orang itu gembira serta rasa dihargai. Semoga Abby dan Memey dimurahkan rezeki oleh Allah. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abby Abadi by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..