” Suka sangat nak buat konon-kononnya dia tu jadi atoknya.. ” – Suciuwais
Video Perbualan Telefon Uwais Al-Qarni Yang Menyamar Menjadi Atuknya, Raisuddin Hamzah Untuk Mengenakan Odeynya. Amboi Pandai Uwais Bahasakan Panggilan Manja Atuk dan Odey Ye. Sampai Tergelak Besar Odey Dibuatnya, Lawak Lah !!
Uwais Al-Qarni merupakan anak sulung Shuib Sepahtu bersama arw4h Siti Sarah Raisuddin. Uwais sememangnya sangat rapat dengan atuknya iaitu Raisuddin Hamzah dan juga neneknya, Siti Fatimah Suberi yang dipanggil Odey.
Meninjau ke akaun Instagram, sebuah video perbualan telefon antara Uwais dan Odey telah dikongsikan. Odey membuat panggilan telefon kepada suaminya, Raisuddin namun dijawab oleh Uwais dan menyamar sebagai atuknya itu.
Uwais turut membahasakan dirinya sebagai Aby yang merupakan panggilan Odey kepada suaminya itu. Odey sebenarnya dapat meneka penyamaran Uwais itu namun dilayankan sahaja seperti seolah-olah tidak tahu.
Ternyata yang terkej0t dengan perbualan tersebut ialah atuk Uwais kerana tidak tahu apa-apa dibualkan sebelum itu kerana dijawab oleh Uwais. Odey tidak dapat menahan rasa terhibur dan akhirnya tergelak besar.
Jom tonton video di bawah :
Adoi, sabar je lah kan. Ada sahaja perangai Uwais ni yang suka menyak4t atuk dan odeynya. Keakraban Uwais bersama atuk dan odeynya jelas terserlah kerana masing-masing boleh dibawa bergurau bersama.
Nasiblah Odey tahu akan penyamaran Uwais kan. Susah sebenarnya untuk men1ru suara atuk Uwais. Semoga Uwais Al-Qarni membesar menjadi anak yang berjaya di dunia dan juga di akh1r4t serta menjadi anak soleh.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..