” Subhanallah, Tuanku Permaisuri bukan saja cantik tapi pandai serba serbi.. ” – Netizen
Kongsi Hasil Mengait Selimut Buat Cucundanya Tengku Sulaiman, Hasil Kerja Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah Buat Ramai Yang Kagum. Wahhh Cantik Sangat, Untungnya Dapat Nenda Yang Penyayang Dan Kreatif !!
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dikenali sebagai seorang yang sangat merendah diri walaupun dilahirkan sebagai anak raja. Memiliki wajah yang cantik dan manis, Tunku Azizah merupakan seorang yang peramah dan sangat disenangi oleh rakyat jelata.
Sering berkongsi menu masakan dan hasil air tangannya di akaun Instagram membuatkan ramai yang mengagumi Baginda sehinggakan ada yang terl1ur melihat gambar yang dikongsikan. Pernah juga ada netizen yang bergurau untuk unfollow akaun Instagram Baginda kerana tak0t mengidam.
Bukan sahaja hebat di dapur, namun Tunku Azizah turut mahir menjahit dan mengait pakaian. Walaupun menjadi Raja Permaisuri ketika ini, namun ianya tidak membataskan Baginda untuk melakukan aktiviti yang menjadi kegemarannya.
Menerusi posting terbaru Tunku Azizah di akaun Instagram miliknya, baginda berkongsi hasil selimut yang dikait sendiri olehnya buat cucunda baginda yang bernama Tengku Sulaiman Abdullah Shah. Hasil tangan baginda yang begitu teliti dan pemilihan warna yang cantik serta berwarna-warni membuatkan ramai yang kagum.
Ikuti perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Hasil seni mengait Tuanku Azizah menawan hati netizen. Antara komen-komen mereka :
” Tuanku permaisuri saya nk beli satu boleh x saya nk hadiahkn untuk hari lahir isteri saya dn ibu mentua saya bulan depan.. “
” I started crocheting my baby blanket when I was 36 weeks pregnant just cause I saw you did this. Alhamdulillah siap right on the day I got admitted for labour. Thank you Tuanku, you’re such an inspiration.. “
” Subhanallah.. Tuanku permaisuri bukn saja cantik.. tp pndai serba serbi.. semoga Allah sntiasa mncucuri Rahmat kepada tuanku permaisuri sekeluarga.. Aamiin ya Allah.. mohon tuanku permaisuri doakn saya diluaskan pintu rezeki ye.. “
” Cantiknya tuanku permaisuri buat. cantik halus je buatannya.. “
” Untung Sulaiman dapat Nenda macam tuanku. Nampak kegigihan di sebalik setiap urat benang kaitan tu. Ampun tuanku, untuk Adam tak de ke ? “
” Cantiknya kait, klau sy buat belum tentu jd. Ni Sulaiman mesti suka ni. untung sulaiman dapat grandma penyayang.. “
Wahhh bertuahnya Tengku Sulaiman mempunyai Nenda yang penyayang dan sangat kreatif seperti Tunku Azizah. Sudah lah cantik, pandai memasak dan pandai menjahit serta mengait juga. Kami di Berita Kopak mendoakan Tunku Azizah sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah selalu. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Air Tangan Tunku Azizah, Istana Negara
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..