” Subhanallah, sedapnya lagu Hanya Kau Ku Mahu ni.. “

Shila Amzah Cipta Lagu Khas Buat Suami Tercinta Sempena Ulangtahun Perkahwinan Yang Pertama. Bersemutnya !!

Nama Nurshahila Binti Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah pasti tidak asing lagi di kalangan peminat di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, China dan Hong Kong. Shila adalah anak kepada penyanyi terkenal ND Lala.

Shila merupakan penyanyi, pencipta lagu, penerbit terkenal dan juga seorang ahli perniagaan. Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, mula aktif dalam bidang nyanyian ketika berusia 9 tahun. Sebelum ini Shila juga dikenali dengan nama Shila Tekno dan Sha-Hila.

Shila merupakan satu-satunya penyanyi kelahiran negara Malaysia dengan jualan lagu Mandarin tertinggi di Hong Kong, China dan Taiwan menjadikan beliau artis Melayu pertama yang berjaya di ketiga-tiga negara tersebut.

Pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah diterima oleh Shila selama pembabitannya dalam industri seni ini.

Penyanyi lagu Patah Seribu ini telah diijabqabulkan dengan seorang jejaka yang bernama Haris Idraki Elias pada bulan 19 April 2018 setelah lima bulan mengikat tali pertunangan.

Menerusi akaun Instagram, Shila yang kini sedang hamil memuatnaik ucapan ulangtahun perkahwinannya yang pertama bersama Haris.

Menurut Shila, dia ingin menjadi isteri yang terbaik untuk suaminya dan berharap kehadiran cahaya mata nanti akan mengikat kasih sayang antara mereka.

Baca perkongsian Shila di bawah :

” Happy 1st year anniversary sayang @hariselias. And more to come ! Alhamdulillah Dah setahun baby, tak terasa pun.. Sekejab je.. Banyak benda kita belajar tentang each other.. “

” Ups and downs yang kita hadapi… I want to be a better wife for you baby, in sha Allah.. In sha Allah baby peanut akan jadi hadiah pengikat kasih sayang kita.. ”

” I love you baby. (BRB nak nangis tepi katil jap.. “

” Special thanks utk semua yang terlibat time kitorg tunang 2 years ago.. And kahwin a year ago.  Tengok balik video, gambar semua.. Nak nangis.. Rindu.. “

View this post on Instagram

Happy 1st year anniversary sayang @hariselias ❤️ And more to come! Alhamdulillah Dah setahun baby, tak terasa pun.. Sekejab je.. Banyak benda kita belajar tentang each other.. Ups and downs yang kita hadapi… I want to be a better wife for you baby, in sha Allah.. In sha Allah baby peanut akan jadi hadiah pengikat kasih sayang kita 🌹 I love you baby. (BRB nak nangis tepi katil jap.. 😭) . . . Special thanks utk semua yang terlibat time kitorg tunang 2 years ago.. And kahwin a year ago 💙 Tengok balik video, gambar semua.. Nak nangis.. Rindu @ann_ash😭 @ainishuhaidah @nfizaris @azuracouture @nurasysikinbintirahmat @mqproduction @kakitembak_fotografi Yang mana sha terlupa letak tu semua rindu!!! Hope korg semua sihat je ❤️ #19/04/2018 #sharisoffthemarket #firstyearanniversary @kakifoto_ . . . P/s: new video coming up on our YouTube channel, pukul 12 tengahari😁 kalau nak tengok full jap lagi..

A post shared by 씰라茜拉shila amzah🇲🇾 (@shahilaamzah) on

Shila juga telah mencipta sebuah lagu khas buat suaminya yang tercinta sempena ulangtahun perkahwinan mereka. Dengan suara merdu Shila dan bait-bait lirik yang sangat puitis membuatkan ramai yang teruja mendengar lagu baru ini.

Menerusi video muzik yang dimuatnaik, Shila memaparkan journey kisah percintaannya bersama Haris dan lagu tersebut di Instagram miliknya, mari kita dengarkan bersama :

” I wrote this song for you @hariselias. Banyak org kat YouTube nak dgr full version of this song.. Korg check0ut kat Haris and sha punya YouTube channel eh..#Hanyakaukumahu “

” Semoga di permudahkan urusan kandungan dan kelahiran kelak “

Rata-rata peminat memberi komen yang manis  dan menarik untuk Shila dan suaminya, antaranya ialah :

” Aduhhh was waiting for.. baby engkau yang aku mahu.. “

” Awwwww… Zaman2 kur… Now zaman sihat… Congratulations kak sha and hubby.. teringat lagu beautiful – Crush time wedding day kak sha.. So beautiful.. Sending good prayer to you guys.. Saranghaeyo..”

” Happy anniversary…moga bahter4 cinta berlayar bahagia hingga ke jannah “

” Omg 6 yrs ago u guys look so young hehe i can’t wait to get married and have a happy life like urs “

” Happy anniversary kasha, abg haris! Heyyooo peanuttt “

” Kak Sha so sweet i pray you guys stay together till jannah. Ameen “

” Happy anniversary Kasha and abg Haris! Semoga kekal hingga ke Jannah “

” Vibes lagu ni very international “

” Got this song you sang i lupa the title but it’s catchy! Sudah lama ku pend4m rasa part of the lirik if im not wrong heheh, miss you kasha “

” Penah tak ada org ckp muka husband u mcm your father masa muda2 “

Alahai romantiknya lah  Shila ni, sedap lagunya dan merdu suaranya. Kami dari Berita Kopak mendoakan Shila dan suami berbahagia hinnga ke akhir hayat.

Terima kasih kepada anda yang sudi membaca..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shila Amzah by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..