” Subhanallah.. Sebak tengok nie, cukup mengerti kenapa Fasha memilih Aidil.. “

Video Aidil Aziz Membaca Doa Di Sebuah Majlis, Buat Ramai Yang Terharu. Allah Telah Mengirimkan Imam Yang Terbaik Untuk Fasha. Sejuk Je Hati !!

Nur Fasha Sandha Binti Hassan atau lebih dikenali sebagai Fasha Sandha telah pun mendirikan rumahtangganya hujung Mac yang lalu bersama Aidil Aziz yang juga merupakan seorang pelakon. Ini merupakan perkahwinan pertama untuk Aidil dan kali kedua untuk Fasha.

Dalam beberapa minggu ini, perkahwinan mereka menjadi perbualan hang4t di media sosial sama ada di laman Facebook mahupun Instagram. Pasangan bak pinang dibelah dua ini nampak sangat serasi di antara satu sama lain.

Benarlah kata pujangga ‘ kebahagiaan adalah milik mereka yang mempunyai impian untuk berusaha menjadikannya kenyataan’. Begitulah kebahagiaan antara Fasha dan Aidil sangat menjadi sumber inspirasi ramai.

Terserlah sinar kebahagiaan pada wajah merpati dua sejoli ini. Rata-rata peminat mendoakan perkahwinan kedua Fasha ini berkekalan sehingga ke Jannah.

Menerusi entri terbaru, Fasha memuat naik sebuah video di laman Instagramnya. Video tersebut memaparkan suaminya Aidil Aziz sedang membaca doa di sebuah majlis.

Difahamkan majlis tersebut adalah dibuat untuk menghargai kepada mereka yang banyak mebantu sepanjang majlis perkahwinan mereka

Aidil sedang membaca doa..

Antara tetamu yang hadir..

Abby Yus pun turut hadir..

Bagusnya Aidil, memang patutlah Fasha memilih Aidil sebagai suaminya. Allah mengirimkan suami yang terbaik untuk menjaga Fasha dan anaknya.

Jom tonton video di bawah :

” Suami, dan keluargaku tersayang.. “

View this post on Instagram

Suami, dan keluargaku tersayang ❤️

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Rata-rata peminat bersyukur kerana Fasha bersuamikan Aidil. Ini komen mereka :

” Bagus dapat suami camni dunia akhirat bersama ke Jannah, happy for you adikku fasha sandha aidilaziz.. “

” Alhamdulillah.. Allah telah kirim imam yg baik buat fasha.. “

” Alhamdulillah… sejuk mata melihat fashasandha moga kekal selamanya ye dik.. “

” Alhamdulillahhh.. moga jodoh fasha dan aidil till jannah.. aminnn.. “

” Suka tengok kak farsha & suami. Moga diPanjangkan jodoh hingga ke syurga. Aamin.. “

Selain itu, ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan ini. Antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah.. Beruntung nye fasha sandha dpt suami yg mcmni.. Moga kekal hngga ke jannah.. bahagia selalu “

” Tahniah dpt imam terbaik ! “

” Waaa..hebatnya dia bc doa, mcm ustaz.. Tahniah fasha sandha “

” Terbaiklah suami Fasha “

” Alhamdulillah suami contoh. semoga bahagia smpi syurga.. “

Dan ada juga yang memuji Aidil . Ini komen mereka pula :

” Hebat abg aidil baca doa.. Mcm ni la semua perempuan idamkan.. Suami yg bleh bimbing kite.. Aamiin “

” Sebak tengok nie fashasandha.. ckup mengerti kenapa memilih itsaidilaziz sebagai pasangan hidup.. semoga Allah sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNYA.. “

” Mcm ni lah dpt mencari keberkatan sebenar. Habis majlis beri penghargaan pada yg byk membantu. Tabik fasha & aidil. “

” Jarang ada suami yg boleh baca doa panjang macam ni.. biasa setakat bismillah jer hehe.. “

Syukur Alhamdulillah Aidil, ramainya yang terharu selepaa melihat Aidil membaca doa. Kami di Berita Kopak mendoakan Fasha dan Aidil dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga Allah. Amin..

Terima Kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Fasha Sanda, Aidil Aziz By Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..