Subhanallah.. Sejuk Hati Melihat Khabib Nurmagomedov Mengajar Adik Sepupunya Membaca Al Quran…

Khabib Nurmagomedov, lelaki yang mengalahkan Connor McGregor dalam UFC ada banyak cerita menarik. Beliau seorang Muslim. Hidup dalam keadaan haru biru. Bertinju dengan beruang sejak daripada kecil lagi.

Ada banyak cerita menarik sebenarnya. Tetapi, antara yang berjaya menarik perhatian ramai adalah perlawanan pertama beliau.

Ketika itu, anak pertamanya baru saja lahir dan pada ketika itu pukul 2 pagi. Khabib pula terlepas peluang untuk melihat anaknya yang baru lahir disebabkan dia perlu fokus untuk perlaw4nan sulungnya.

Selepas tamat perlaw4nan, seorang wartawan ajukan soalan kepada dia :

“ Khabib, apa perasaan awak apabila terlepas saat istimewa ketika anak pertama awak dilahirkan? Adakah awak rasa menyesal ? ”

Jawapan Khabib ringkas dan padu. Katanya :

“ Saya ada Allah. Saya minta Allah jaga isteri dan anak saya. Saya yakin dengan pertolongan Allah..”

Dari segi lenggok bahasa, cara percakapan dan ketegasan dia menjawab soalan ketika itu, memang lain macam. Khabib tak ada muka bersalah, sedih dan juga gembira. Tapi dalam hati siapa yang tahu.

Untuk pengetahuan semua, anak jati Slidi, Dagestan ini dilahirkan pada 20 September 1988 dan mempunyai dar4h etnik Avar. Khabib merupakan anak kedua dari tiga adik-beradik dan dia mula dilatih oleh bapanya sendiri, Abdulmanap Nurmagedov dalam seni mempertahankan diri seperti gusti, judo dan sambo sejak berusia 8 tahun lagi.

Khabib sendiri juga menunjukkan minat ke arah berkenaan bila melihat pelajar-pelajar berlatih di gimnasium. Namanya semakin popular setelah dia berjaya mengalahkan Conor McGregor dalam Ultimate Fighting Championship (UFC) yang berlangsung di Las Vegas dalam empat pusingan sahaja.

Di sini kami di Berita Kopak ingin kongsikan dengan anda video Khabib mengajar adik sepupunya mengaji Al-Quran. Rata-rata ramai yang kagum dengan Khabib yang merupakan seorang jaguh UFC yang sangat mencintai agama.

Sila tonton video di bawah :

Apa pendapat Anda?

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Pena Islam by Berita Kopak & Content Media