” Subhanallah, cantiknya rumah bonda.. “

Dato’ Aliff Syukri Kongsi Keadaan Rumah Bonda Rozita Ibrahim Yang Cantik Dan Klasik, Buat Ramai Yang Kagum. Boleh Pula Dato’ Aliff Cakap Nilai Rumah 40 Juta Rupiah. Suka Menyakat Bonda Tau !!

Nama pengusaha Rozita Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Bonda Rozita tidak perlu diperkenalkan lagi. Bonda Rozita sudah lama terkenal dalam bidang perniagaan produk kosmetik di Malaysia.

Malah anaknya, Dato’ Aliff Syukri turut mewarisi bakat berniaga yang ada pada dirinya. Walaupun telah berjaya dan sudah bergelar jutawan, Bonda Rozita dan Dato’ Aliff tidak pernah sombong dan sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Kejayaan dua anak beranak ini sangat dikagumi ramai. Namun begitu, walau sesibuk mana sekali pun, mereka tetap akan berkumpul bersama-sama keluarga besar mereka terutama sekali pada musim perayaan dan juga masa-masa cuti yang terluang.

Kadangkala mereka juga akan pergi bercuti bersama-sama ke luar negara agar dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka yang sebelum ini terlalu sibuk dengan tugas dan perniagaan masing-masing.

Menerusi akaun Instagram, Dato’ Aliff berkongsi video keadaan dan persekitaran rumah Bonda Rozita yang sangat cantik dan dipenuhi dengan nilai seni yang bertemakan melayu klasik tetapi telah dimodenkan. Banyak ukiran yang terdapat di rumah Bonda terutama sekali pada dinding, pintu, tingkap dan sebagainya.

Malah Dato’ Aliff turut mengusik ibunya dengan mengatakan nilai rumah Bonda Rozita bernilai 40 juta. Tapi 40 juta rupiah. Ada saja idea Dato’ Aliff menyakat ibunya.

Baca perkongsian Dato’ Aliff dan tonton video di bawah :

” Lawa x rumah mak abag ni .. ?? Cer komen di bawah pendapat korang ?? ”

” Abg just nak share.. aktiviti abag akan pastikan jmpe mak abag sebulan 2-3 kali dan makan beramai2… bagi abag duit bkn segala galanya2..  tpi nilai dgn family paling mahal.. ”

” Mmg mulut abag agak sedikit pedas dgn mak abag.. tpi mak abag dan fmly abag tahu mcm mna prgai abag.. yg penting kita beradap dan tau hormat mereka.. “

” Ok kalau korang nak tau.. seboleh bolehnya kitaorg mkn beramai ramaii bersila di atas lantai.. sbb mak abg syg dgn kusi dia tu.. hanya utk hiasan. yela kami org kampung duduk punn rumah felda.. “

” Abag lahir di kuala lipis pahang…. jadi mak abag jenis kedekot… bila dibelikan sofa mahal pun disuruh duduk lantai katanya tkot cpt rosak.. ”

View this post on Instagram

abg just nak share.. aktiviti abag akan pastikan jmpe mak abag sebulab 2-3 kali dan makan beramai2… bagi abag duit bkn segala galanya2.. tpi nilai dgn family paling mahal😅 . . mmg mulut abag agak sedikit pedas dgn mak abag..tpi mak abag dan fmly abag tahu mcm mna prgai abag..yg penting kita beradap dan tau hormat mereka..ok kalau korang nak tau..seboleh bolehnya kitaorg mkn beramai ramaii bersila di atas lantai.. sbb mak abg syg dgn kusi dia tu..hanya utk hiasan😬😬 yela kami org kampung duduk punn rumah felda. 😉😉 abag lahir di kuala lipis pahang….jadi mak abag jenis kedekot…bila dibelikan sofa mahal pun disuruh duduk lantai katanya tkot cpt rosak😥😥😥😥

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Rata-rata netizen kagum dengan keindahan rumah Bonda dan juga terhibur dengan gurauan dua anak beranak ini. Antara komen-komen netizen :

” Cantik rumah bonda rozita.. nampak klasik n cosy gitu.. “‘

” Kelakar dato.. suka mengusik bonda. Semoga dato & bonda sentiasa diberikan kesihatan yg baik. Dan menjadi ikon anak anak muda utk terus berjaya.. “

” Belakang rumah dah macam hotel kat bali cantik g1ler.. “

” Subhanallah cantik nya rumah bonda.. “‘

” Cantik sgt.. Mcm umah klasik melayu.. Versi moden.. “

” Rumah penuh dgn kayu.. penuh unsur yg hidup… bila bace Quran Dan zikir.. semua menyerapp .. “

” Sy suka tgk dato luangkan masa bsama keluarga. x mcm kebanyakan businessman lain bila dh senang, masa bnyk dihabiskan diluar dan abaikan keluarga.. “

Gurau senda itu kan mengeratkan hubungan silaturrahim antara manusia lebih-lebih lagi sesama ahli keluarga. Semoga semua urusan Bonda dan Dato’ Aliff dipermudahkan dan semoga menjadi sumber inspirasi kepada semua orang terutama sekali kepada usahawan di luar sana.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak / Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..