” Suatu ketika dahulu.. “

Datin Shahida Kongsi Gambar Masa Kecil Bersama Keluarganya. Alahai Memang Dari Kecil Dah Cun Melecun !!

Datin Sri Nur Shahida atau nama sebenarnya, Nur Shahida binti Mohd Rashid, merupakan isteri kepada usahawan kosmetik, Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman yang juga anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim.

Datin Shahida mula dikenali menerusi kumpulan nasyid, iaitu Solehah yang turut dianggotai oleh penyanyi Bienda, Wan dan Shireeen. Antara lagu-lagu yang dipopularkan bersama kumpulanya ialah seperti, Nikmat Allah, Hadis Rasullullah, Rukun Iman Dan Rukun Islam, Penantian serta Renunglah.

Beliau mendirikan rumah tangga pada usia 22 tahun bersama Dato’ Aliff pada ketika itu berusia 20 tahun. Mereka mula mengenali selepas kedua-duanya menjayakan peranan sebagai model Sunsilk, sebelum akhirnya menikah dua tahun kemudian. Pernah tular kerana membintangi iklan syampu Sunsilk ketika dahulu.

Dilahirkan pada 14 Mac 1985 dan kini berusia 34 tahun dan mempunyai tujuh orang adik beradik. Beliau merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya. Menggunakan akaun Instagram rasmi atas nama @shahidadherbs yang sehingga kini mengumpul lebih dua juta pengikut.

Terkini, menerusi instagram, Datin Shahida telah memuat naik foto beliau bersama-sama keluarganya dan mengimbau kenangan di zaman kanak-kanaknya. Untuk pengetahuan, Datin Shahida merupakan anak tungg4l perempuan dalam keluarganya. Turut diceritakan beliau keadaan beliau bersama adik-beradik lelaki yang lain.

Baca perkongsian Datin Shahida dibawah :

” Suatu ketika dahulu… Waktu kecik2 gini selalu gaduh dengan adik beradik sebab sorang perempuan kan selalu kena bul1.. Tapi saya ni x mudah dibul1 tau jadi kita mmg gad0h betul2.. @juanpabloejal @ainnrash @bigrich1405 @shaiful_rashid @shafiqrshid.. “

Rata-rata peminat berkata raut wajah Datin Shahida mirip anak beliau iaitu Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan sebagai Baem Antara komen-komen netizen :

” Serupa muka baem pn ade, hehehe.. “

” Okayy tau dh muka baem ikut sape.. Comei mcm mama dia jugak.. “

” Banyak copy baem je.. “

” Da tahu da mne dtg muka semua ank2 datin.. Maaf ler mcm xde sorng pn yg ikut dato.. “

” Memang cantik dari kecik lagi ye.. “

” Muka adik beradik datin sama ngan anak² datin.. “

Wahhh.. Betul lah mirip Ibrahim. Jelas kelihatan Datin Shahida betul merindui zaman kanak-kanaknya bersama adik-beradik yang lain. Kami dari Berita kopak mendoakan semoga Datin diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan, memandangkan tidak lama lagi akan bersalin. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Datin Shahida by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..