” Suara mak pengantin menyanyi pun sedap.. ” – Netizen
Video Datuk Nurul Zahid Menyanyi Lagu ‘Percayalah’ Ketika Majlis Perkahwinan Anak Tir1nya Raih Pujian Ramai. Wah Sp0rting Habis Mak Pengantin, Siap Berduet Dengan Kawan Pengantin Lagi !!
Meninjau di akaun Instagram milik Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid telah berkongsi sebuah video ketika majlis resepsi perkahwinan anak tir1nya iaitu Dr Amalia. Difahamkan majlis tersebut telah berlangsung dengan penuh meriah di Sime Darby Convention Center.
Menerusi video itu telah memaparkan aksi Datuk Nurul sedang menyanyikan lagu ‘Percayalah’ nyanyian asal oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza. Namun tidak keseorangan menyanyikan lagu tersebut, Datuk Nurul telah berlari meminta rakan baik anaknya turut bersama menyanyi.
Perkongsian video oleh Datuk Nurul itu sekali lagi telah menarik perhatian ramai. Ada yang terhibur melihat aksi Datuk Nurul yang berlari mengejar rakan baik anaknya dan memuji kebolehan Datuk Nurul menyanyi.
Menerusi kapsyen pula, Datuk Nurul menyifatkan rakan baik Dr Amalia seorang yang tinggi budi bahasa dan mempunyai suara yang merdu ketika menyanyi. Sehingga kini, video Datuk Nurul itu telah mendapat lebih 3,800 tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.
Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan menyukai perkongsian video oleh Datuk Nurul. Antara komen-komen menarik adalah :
” Suara mak pengantin menyanyi pun sedap. Hahaha kelakar lah tengok kaklong kejar budak tu, kes1an dia siap lari, hahaa.. “
” Hahhaa sporting habis lah mak pengantin. Happy jer tengok gelagat masing-masing. Selamat pengantin baru Dr Amalia dan Dr Faliq.. “
” Tahniah mak dan pak pengantin terima menantu, sporting habis. Berseri2 mak pengantin pun, pandai menyanyi rupanya yer.. “
” Woww special betul ni, siap ibu menyanyi khas untuk anak. Saya puji Datuk, nampak memang ikhls sangat sayang Datuk untuk anak-anak arw4h madu Datuk.. “
” Mak Pengantin yg paling sporting & baik tulus hati, ceria & cantik in the world. Terbaik KakLong, merdu lah suara.. “
” Mak pengantin buat hal lah, hahaha kejar2 orang pulak. Sedap suara Datuk dan kawan Malia tu. Kalau bergabung mesti meletop.. “
” Cantiknya mak pengantin, menyanyi pun sedap dengar. Ada lagi tak video penuh, nk sangat dengar, hehe.. “
Ewah comel lah tengok Datuk Nurul dalam video. Tapi memang sedap suara Datuk menyanyi, patut lah ramai yang memuji. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah buat Datuk Nurul dan suami, Datuk Saiful Nizam kerana telah selamat menerima menantu pertama mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nurulhidayah Ahmad Zahid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..