” Suara Kak Ema dari dulu tak berubah, halus dan manja je.. ” – Netizen
Video Raja Ema Menyanyi Lagu Angan Angan Bersama Adik Bongsu Bell Ngasri, Baby Raih Perhatian Peminat. Alahai Comel Dan Manja Tengok Kak Ema Layan Baby !!
Siapa tidak mengenali penyanyi era 80-an iaitu YM Raja Ema YM Raja Ibrahim yang pernah mendapat gelaran Puteri Pop Malaysia. Lebih terkenal dengan panggilan sebagai Raja Ema, selebriti popular ini turut bergelar seorang pelakon.
Bagi yang mengikuti perkembangan terbaru Raja Ema di Instagram, pasti mengetahui Raja Ema sekarang sudah menjadi seorang usahawan yang menghasilkan produk makanan hasil air tangannya sendiri. Terbaru Raja Ema ada berkongsi beberapa gambar sekitar penggambaran sebuah drama.
Satu video yang menarik perhatian peminat adalah video Raja Ema bersama adik bongsu pelakon Bell Ngasri. Kongsi Raja Ema di ruangan kapsyen, adik bongsu Bell yang dikenali dengan nama Baby ini sangat meminati lagu Raja Ema yang bertajuk Angan Angan.
Menerusi video itu, kedengaran Ema telah menyanyi sedikit lagu tersebut bersama Baby. Suara Raja Ema menyanyi dan caranya melayan Baby dalam video telah menarik perhatian warganet. Sehingga kini perkongsian video oleh Raja Ema telah mendapat lebih 1 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video Raja Ema itu dan dalam masa yang mereka memuji suara Raja Ema yang dikatakan masih tidak berubah seperti dahulu. Antara komen-komen warganet adalah :
” Suara Kak Ema dari dulu tak berubah, halus manja je. Lama tak dengar suara Kak Ema nyanyi, Kak Ema tak nak masuk geg4r vaganza ke.. “
” Comel lah, hehee. Semoga Raja Ema sentiasa dlm keadaan sihat dan terus success di mana pun berada and have a good day may god bless u always.. “
” Happy nya tgok Ema dgn adik baby tu. Comel dua-dua menyanyi. Semoga segala urusan Raja Ema sentiasa dipermudahkan.. “
Wah nampak happy betul Baby dapat jumpa Raja Ema dan menyanyi lagu Angan-Angan. Penuh kasih sayang Raja Ema melayan Baby. Kongsi Raja Ema lagi, terubat juga rindunya kepada Baby yang sudah sekian lama tidak berjumpa.
Nampaknya Raja Ema sekarang mula kembali aktif dalam bidang lakonan. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Raja Ema akan terus berjaya dalam bidang yang diceburinya dan sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG rajaema
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..