“ Suami saya punyalah kedek0t, semua barang dia nak beli kat kedai RM2

Yang saya tak tah4n tu sampai BARANG NI pun dia suruh saya beli kat situ.. ”

KISAH kehidupan rumahtangga tentulah dipenuhi dengan pelbagai cerita. Adakalanya ianya boleh dijadikan pengajaran yang berguna untuk semua orang untuk menambahkan lagi keharmonian hidup suami isteri.

Dalam perkahwinan barulah kadang-kadang masing-masing mengenali dengan lebih mendalam pasangan masing-masing. Kerana semasa bercinta kita hanya memandang kepada kebaikannya sahaja kerana perasaan sayang yang melebihi segalanya.

Kisah seorang wanita ini yang meluahkan perasaannya tentang sikap suaminya sebagai contoh bagaimana dia tidak menyangka yang suaminya boleh bersikap sedemikian rupa. Mari kita baca kisahnya di bawah ini.

Assalamualaikum Admin…

Admin hide diri saya ye. Saya dan suami akhir 20an. Baru je berkahwin sebulan. Suami kerja guru dan sy pembantu akaun. Suami baik, seorg yang taat pada agama dan ibu bapa. Cukup 5 waktu dan sangat menjaga solat. Masalah sy, sy dah mula rasa macam tak bahagia. ( Bukan perasan ya. Alhamdulillah bersyukur dgn kelebihan dri Allah ).

Saya boleh diketegorikan cantik, bijak, baik dan beragama. Saya bukan tak ramai yang nak, memang berderet. tapi saya dh jumpa dengan calon yang memang kami bercinta sejak 4 tahun lalu dan direstui org tua. Yang lainnya ada yang ustaz baru nak start pura2 alim dan sebagainya. Ada yg 30 juzu Al quranpun ade yang lamar dan semua hebat2. Tapi jodoh sy dengan dia.


Gambar Sekadar Hiasan

Diapun tak kurang ada rupa dan menjadi tarikan ramai wanita dan emak2 yg nak mencalonkan dia sbgai menantu sbb sifatnya mmg sopan santun dan sempurnalah nmpknya cukup lengkap mcm imam muda, pencetus ummah atau cerita suamiku ustaz. Boleh kata ramai yg beritahu kmi sma cntik dan sma padan.

Masalah sy pd suami, yg mcm nmpk kedek0t. Sy sedia mklum msa knl dulu mmg sy agak boros.baju, hand beg bertukar silih berganti. Mmg bergaya walaupun sy muslimah berniqab. Makan bukanlah mewah masalah bab mkn tak kedek0t.sejak knl dia, semua tu dah hilang.

Saya jdi sgt menyimpan dan nak beli itu ini dah berkira sbb dia sllu bgthu ia membazir. Mkn pun slagi murah nasi bajet pun kmi snggup. Berbeza sgt dgn sy yg dlu mmg sekat habis. Saya tak kisah..


Gambar Sekadar Hiasan

Tp selepas sebulan berkhawin ni sy x pastilah btl ke yg digambarkan dia takde duit tu. Sbb sy tak pernah beli brg2 rumah di kedai rm2. Ye mmg murah smpai habis rm70 lebih kmi borong sakan. Sehinggakan sy biasa mkn atau masak kicap manis cap kipas udang, dia suruh juga ambil kicap kat kedai rm2.

Tak thu lah ape rasa. Tak sangka pulak kedai rm2 ade brg basah.smpai bawang,kentang semua kmi sapu. Tak dikire penyapu, tmpt rak pinggan dll sume beli kedai rm2 nk jimat. Saya biase mkn sos life,ni disuruh ambil jugak sos yg rm2 punye tak sure la brand ape n rse mcm mne ikutkan aje. Tu cerita awal perkahwinan.

Semalam punye cerita suami teman sy pegi cod brg customer. Dptlah sy untung rm200.rm100 sy bgi suami dan rm1oo lg simpanan sy.sy ajak dia ke Tesc0 tp nmpk mcm berkira dlm membeli belah brg dapur. Klu amek sardin,telur dll sebolehnye amek yg pling kecik. Ape saje yg mahal tak beli wlupun teringin tp ape sje yg rm2 dan rm6 ke bru beli.

Ade la byr kat kaunter smlm dlm rm50 lebih. Warga krt dpt bayangkan bile tolak troli ape sgt la yg dpt beli dgn rm50 tu? hehe bile pk balik, tu bukan duit diepun tp duit sy yg bagi dia rm1oo masa dpt untung cod customer td. Bile tnye lebih2 kate x de duit..


Gambar Sekadar Hiasan

Semalampun dia minx sy salinan ic,kwsp,sttment bank, dan pay slip sbb tak de duit jd nak beli hp buat pinjaman byr bulan2 pastu jual i phone tu murah. Sy ikutkan je sbb katanya duit mmg tak de. Tp bile pk balik, dulu sy juga pernah tlg die utk beli kereta myvi sewa bulan2..gaji dia lg.mna duit tu semua? Tp sy positifkan diri sbb mungkin dia byk habis duit utk mjlis kmi yg meriah sebulan yg lepas.

Itu dari bab nafkah zahir. Nafkah batin juga begitu. Cthnya semalam jnji nak bersama, tak juga smpai nk tdur alasan penat dan jnji pula esok. Bile tiba esok pagi sengaja sy kejutkan dia awal supaya sy x terkejar nak p office, lepas solat subuh berjemaah dia siap study hafaz quran utk exam dan interview cikgu Isnin ni.

Dia buat tak tahu je bile sy tnye mne jnji nk bersma smlm. Smpai lah sy pergi keje x disentuh. Sy rsa terkilan x bersma sbb 3 hari ni dia g hntr pelajar kem jd mesti rindu. Tkan la sy nk minta berkali2 malu juga sy.


Gambar Sekadar Hiasan

Tak termasuk rumah, byk hadiah brg2 khawin yg masih bersepah dlm rumah sempit kmi. Klu sy buat malas seminggu,diapun sma la x usikpun nk ringankan tulang. Atau btl lah sbb dah hilang nikmat khawin ke sbb bercinta sebelum nikah. Tp nak ikutkan, hari2 ade je kata cintakan sy lillah dan pelukan serta ciuman.tp nafkah zahir dan batin sy mana?..

Kami inginkan baby kembar. Punya la sy cari dlm google kena makan produk tenusu dll mcm yogurt, susu, keju, cheess, ubi kayu. suami teringin dan kata je nak baby kembar, sume tu sy yg beli utk sy makan.dan klu bersama acuh tak acuh sekali mna la nak lekatnye..hmm

Sekarang dah kentut2 berangkai siap berbunyik2..alasan terlepas. Pengotor btl. Habis dulu kenapa selama 4 tahun x pernah pun terlepas kentut wlu sekali?. Betul la 0rg kata, bila bercinta Allahurabbi indah je… Bercinta lah lama mana 20 tahunpun, tak kan kenal betul2 pasangan melainkan sudah duduk sebumbung.


Gambar Sekadar Hiasan

Sekarang ni bile baca ragam2 rumah tangga facebook dan sy rasa sendiri alami rasa mcm dah takut nak menempuh rumah tangga hari esok..Mungkinkah kami belum cukup matang dan masing2 masih dlm sesi perkenalan. Bantulah sy beri semangat dan kata nasihat…

Terima Kasih Kerana Membaca. Apa pandangan anda tentang kisah wanita tersebut. Semoga anda dapat berkongsi pendapat untuk manfaat bersama.

Silakan SHARE Dan Semoga bermanfaat

Disediakan dan Disusun oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : KRT