” Straight forward betul ni.. “

Zara Zya Kongsi Gambar Di Laman Media Sosial. Namun Telah Mencur1 Perhatian Netizen Adalah Komen Daripada ‘Mr. Arr0gant’, Azlee Khairi Dan Respon Zara Zya. Wow Sangat !! 

Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zara Zyame rupakan seorang pelakon, pengacara dan penyanyi. Beliau mula dikenali menerusi drama Love You Mr. Arr0gant yang digandingkan bersama Azlee Khairi. Beliau dilahirkan pada 22 Oktober 1985 dan kini telah berusia 35 tahun.

Zara sebenarnya sudah lama bergiat aktif dalam bidang lakonan, namun begitu beliau tidak memegang watak utama yang menyerlah seperti pelakon-pelakon seangkatan dengannya. Beliau berpeluang membawa watak utama dalam drama Love You Mr. Arr0gant yang diadaptasi daripada novel hasil karya Aliesha Kirana. Hasil drama arahan Eoon Shuhaini telah telah mencatatkan 4.6 juta penonton.

Pada April 2018, Zara menjalin hubungan dengan pelakon Hafreez Adam dan beliau tidak melihat jarak usia sebagai penghalang. Pada 12 Oktober 2019, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan dan merancang untuk bernikah pada 2020.  Namun, siapa sangka, secara tiba-tiba Zara dan Hafreez mengumumkan telah memut0skan pertunangan mereka selepas sebulan bertunang.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram, Zara telah berkongsi gambar terbaru beliau. Kelihatan pelakon watak utama drama ‘Seadanya aku’ ini semakin terserlah kecantikkan beliau. Namun tidak disangka, gambar Zara telah dikomen oleh pelakon Azlee Khairi yang juga hero dalam drama ‘Seadanya aku‘.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

” Kalau di beri pilihan, apa yang awak nak sangat dalam hidup awak? “

Rata-rata netizen berharap pasangan ini akan betul-betul menjadi pasangan kekasih diluar drama yang dilakonkan mereka. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Wow semoga berjodoh .. “

” Terbaik. Semoga jadi kenyataan.Inshaallah. Amin.. “

” @azleekhairiofficial ambooiiii seriusly? Tapi aku do’a kan itu menjadi nyata, aamiin ya Allah.. “

” @azleekhairiofficial sgt2 setuju.. @zarazya Sila setuju .. “

” @azleekhairiofficial jika mmng niat abng macam tu dg akak @zarazya semoga sang ilahi meridhoi niat korang, aamiin.. “

” Lepas habis drama, kahwin terus plsssss .. “

” @azleekhairiofficial wowww terus melamar ke n .. “

” Straight forward betul ni.. “

Aduh.. Bersemut baca komen dari Azlee Khairi. Kalua niat betul, Insyaallah, Allah makbulkan. Untuk pengetahuan, Azlee Khairi sebelum ini telah menyepi hampir 4 tahun dari dunia lakonan. Kini beliau kembali berlakon. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Zara Zya dan Azlee Khairi sentiasa berjaya dengan cemerlang dalam bidang lakonan. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zara Zya by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..