Siti Sarah Beri Kejutan Kepada Shuib Sempena Anniversary Ke 8 Di Konti H0t FM. Alahai Bersemut, Sampai Shuib Sebak !!

Pasangan pelawak Shuib Sepahtu dan isterinya penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin tidak perlu diperkenalkan lagi. Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Mereka bukan sahaja berjaya dalam bidang seni, tapi turut berjaya dalam bidang perniagaan. Pasangan ini memasarkan produk berasaskan madu dan juga kosmetik. Perniagaan mereka bertambah maju dengan permintaan yang tinggi daripada pelanggan-pelanggan.

Dalam video sebelum-sebelum ini yang dimuatnaik oleh Shuib atau pun Siti Sarah, kita dapat menonton gelagat Shuib yang sering menyakat isterinya ini. Ada sahaja idea Shuib nak mengusik isterinya.

Kali ini sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 8, pihak H0t FM menjemput Siti Sarah datang ke konti Geng Pagi H0t untuk membuat kejutan kepada suaminya, Shuib. Siti Sarah yang membawa sejambak bunga tiba-tiba muncul di pintu dan membuatkan Shuib pada mulanya terkejot.

Shuib terus memeluk isterinya dan menyanyi serangkap lagu. Alahai sweet sangat pasangan ini !! Jom tonton video-video di bawah :

” Waahh!! Pagi-pagi dah dapat surprise, happy anniversary @shuibsepahtu dan @sitisarahraissuddin yang ke-8.. “

” @sitisarahraissuddin share macam mana boleh jatuh hati dengan @shuibsepahtu.. ”

” Ini sebab utama @shuibsepahtu pilih @sitisarahraissuddin.. “

” Berkaca mata @shuibsepahtu bila dengar ucapan @sitisarahraissuddin.. ” 

Di bawah pula adalah posting di akaun Instagram Shuib :

” Kesayangan dtg studio arini!!!! Happy Anniversary ke-8 sayang…. Dengarkan @hotfm976 skrg…. @sitisarahraissuddin.. “

Rata-rata peminat turut mendoakan semoga pasangan ini kekal bahagia. Antara komen-komen peminat :

” Suka nngok.. Semoga hubungan kalian kekal ke jannah. Aamin…. “

” Sweetnya happy anniversary sarah dan suib, semoga bahagia selalu.. “

” Wow anyberseri2 @shuibsepahtu dan @sitisarahraissuddin .. semoga dimurahkan rezeki.. semoga kekal hingga ke anak cucu.. aminnnn.. bergula sye tengok so suwitttt.. “

” Happy anniversary sarah & shuib. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah. Amin.. “

” Bersemut… berkerengga dh rsa… ahahaha… apapun2… hapy anvrsy.. utk @shuibsepahtu dn @sitisarahraissuddin…. semoga kekal happy sweet2 smpai akhir hyt. amin.. “

” Suke tgk couple ni.x over tp still nmpak luv luv tu.. hehe.. “‘

” Dari dulu suke btol tgok dieorg ni.. bahagia yg sgt ikhlass… smga kekal selamanye @shuibsepahtu @sitisarahraissuddin.. “

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan ke 8 buat Shuib dan Siti Sarah. Semoga berbahagia di samping anak-anak tersayang di dunia dan akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG H0t FM, Shuib Sepahtu by Berita Kopak / Ciungwanara

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..