” Simple je, jarang artis nak guna public transport.. ” – Netizen
Kongsi Video Menaiki ETS, Ramai Puji Sikap Rendah Diri Fasha Sandha Dan Aidil Aziz. Wah Semp0i Je Pasangan Ni, Memang Humble Sangat !!
Meninjau ke akaun instagram Fasha Sandha, perkongsian video terbaru Fasha telah meraih perhatian ramai. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Fasha dan Aidil Aziz menaiki kereta api untuk menuju ke satu destinasi.
Walaupun tidak dinyatakan hendak ke mana, namun ramai memuji sikap pasangan ini yang sangat merendah diri dan mahu menaiki pengangkutan awam. Jarang sekali kita melihat selebriti menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana.
Menggunakan pengangkutan awam ini sebenarnya agak seronok kerana kita dapat merasakan suasana dan pengalaman yang berbeza. Malah boleh juga berkenalan dengan orang ramai dan melihat ragam mereka.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet buat masa ini. Ini bukan pertama kali Fasha menggunakan pengangkutan awam kerana di ruangan komen ramai yang selalu bertembung dengan Fasha ketika menggunakan pengangkutan awam.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap rendah diri pasangan ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Simple je.. Jarang artis nk guna public transport.. Suami yg baik, penyayang memahami juga rezeki.. Ni mesti blk kg.. “
” Selalu guna publish transport, ets, bagus betul diorang ni.. alhamdulillah suka tgok kak fasha n abg aidil. Sweet je selalu.. “
” Your so humble sis.. ur one of few yg begitu down to earth.. semoga kalian berdua slalu dilindungi Allah.. laki bini badan lawa.. “
” Saya pn suka naik public transport.. tak payah penat2 drive.. blh tgk mcm2 ragam manusia. blh btegur sape. free n easy.. tp kalau bawa org tua kena la drive jgk.. “
” Suke betul tgk couple ni.. so humble.. tk kisah pn nk guna public transport.. Fasha memang low profile.. “
” Suka tgk fasha kalau dulu raya pnh terserempak blk kg pun naik tren je. Cantiknya fasha…nk kurusss jgk mcm fasha.. “
” Sis fashasandha ni org dia Mmg humble jer.. ingat time ber gambaq bersama depan golden sand Penang dekat kedai air.. “
” Alhamdulillah ..adik kakak yg always merendah diri.. pandai ambik hati .. Selalu memberi . Moga Allah Pelihara Adikku sera keluarga nya . Aamin2 Allahuma Aamin Love u.. “
Agaknya hendak ke mana pasangan ini hendak pergi ye. Ada yang meneka mereka pulang ke kampung. Walau ke mana destinasinya, semoga selamat sampai dan semoga sentiasa bahagia hendaknya pasangan ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..