” Simple dan humble, seronok tengok majlis macam ni.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Adik Neelofa, Athisha Khan Raih Perhatian Warganet. Wah Nampak Simple Majlisnya Namun Tetap Meriah. Cantiknya Athisha, Berseri-seri. Bakal Suami Pun Kacak Orangnya !!
Personaliti media sosial dan YouTuber, Athisha Khan yang juga merupakan adik kepada Neelofa antara yang sering menjadi perhatian peminat. Bukan sahaja memiliki kecantikan rupa paras, namun Athisha juga bijak dalam pengajiannya.
Meninjau akaun Instagram Athisha Khan, telah dikongsikan berita gembira tentang majlis pertunangannya bersama kekasih hatinya, Wan Amirul Haiqal. Banyak gambar dan video sepanjang majlis berlangsung dikongsikan di sini.
Majlis berlangsung cukup ringkas dan ianya dihadiri oleh ahli keluarga antaranya Neelofa, PU Riz, Noornabila serta Engku Emran. Terpancar kegembiraan di wajah seluruh ahli keluarga apabila Athisha kini sah menjadi tunang kepada Haiqal.
Setelah 10 tahun hubungan Athisha dan Haiqal, akh1rnya ikatan ini dimeterai. Hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk ke fasa alam perkahwinan. Semakin gembiralah untie Tini apabila bertambah menantu lelakinya.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Ucapan tahniah membanjil1ri posting oleh Athisha ini. Sama cantik sama padan, berseri-seri sungguh bakal pengantin ini. Antara komen-komen peminat :
” Tahniah Sha.. ” – Sharnaaz Ahmad
” Sukalah, simple tanpa mini pelamin dan fancy hantaran tapi still nampak sweet je. Sha pun so beautiful. Alhamdulillah.. “
” Tahniah, happy family. Simple je majlisnya tapi nice. Glowingnya bakal pengantin ni, tak sabar tunggu majlis kahwin Sha.. “
” So simple and humble, i like your style. The fact id never see u guys without smiling and today you guys has been blessed to another step truly happy for both of you.. “
” Finally selepas 10 tahun, tahniah Athisha dan Haiqal. Semoga dipermudahkan untuk ke jinjang pelamin. Haiqal kena jaga Sha baik baik ok.. “
” I love how humble you are. Tahniah Athisha atas ikatan pertunangan ni. Semoga dipermudahkan untuk ke fasa seterusnya.. “
” Simple sangat dan tak membazir majlisnya. Sukalah tengok family ni, humble semua. Tetap meriah walaupun tanpa pelamin bagai. Tahniah sweet girl.. “
” Simple dan humble nya, seronok tengok majlis macam ni. Memudahkan kedua-dua pihak, berseri-seri tak perlu makeup tebal-tebal.. “
Alhamdulillah apa yang penting ikatannya sudah pun terjalin. Selamat menjalani alam pertunangan buat Athisha dan Haiqal. Semoga segala perancangan untuk ke jinjang pelamin dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Athisha Khan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..