Setelah Viral Padam Semua Posting Instagram Sebelum Ini

Remy Ishak Akhirnya Kembali Dalam Radar Peminat. Posting Terbarunya Buat Peminat Teruja. Wahhhh… Welcome Back Kanda Remy !!

Nama aktor kacak Remy Ishak menjadi isu hang4t semalam apabila beliau memadam semua posting di akaun sosial miliknya. Turut dikatakan telah unfollow her0in Pujaan Hati Kanda, Mira Filzah di Instagram lagi menambahkan lagi was4ngka peminat.

Namun akhirnya aktor ini bersuara apabila mengemaskini akaun itu dengan posting-posting baru. Menyingkap sejarah indah 2019, nama Remy Ishak kembali memuncak naik apabila lakonannya bersama Mira Filzah di dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda menjadi trending dan mendapat jumlah tontonan yang tinggi setiap kali siarannya.

Malahan 2019 juga menyaksikan banyak anugerah yang berjaya dicapai oleh aktor ini melalui kedua-dua drama popular ini. Kejayaan menyandang gelaran Pelakon Lelaki Filem Popular dan anugerah Pelakon Lelaki Telenovela Popular menjadi memori indah sepanjang penglibatannya di dalam dunia seni.

Menerusi akaun Instagram, Remy Ishak telah berkongsikan sekeping gambar berserta ayat yang cukup memberi motivasi bersama-sama. Kemaskini status baru ini menamatkan tanda tanya netizen sebelum ini. Bunyinya seperti permulaan baru untuk hidupnya di dekad baru.

Jom baca perkongsian di bawah :

” 2020 is finally here! It’s the best time to start a fresh with a brand new look coming your way. Grateful for everything that has happened to me in the past decade, feeling excited about what the future has in store.. “

Rata-rata peminat gembira melihat kemaskini Remy ini. Antara komen-komen peminat :

” Happy new year abg remy.. Semoga 2020 ini akan lebih indah lebih hebat lebih bahagia untuk hidup abang.. “

” Happy 2020 Wuvvvv.. “

” Moga yang baik-baik buat remy.. “

” Happy New Year remyishak. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki, sukses dalam apa jua bidang yang diceburi dan sentiasa dirahmati kehidupan dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah didunia dan diakhirat.. “

” Selamat tahun baru 2020 kanda.. “

” Rise and Shine for 2020.. “

” Semoga kebahagiaan.. Selalu mengiringi setiap langkahmu kanda.. Barokah umur.. Makin sukses.. Dunia akhirat.. Kami akan selalu mendukungmu..

Gembira melihat perkembangan terbaru Remy Ishak ini. Tampak lebih berkeyakinan, lebih bersemangat untuk menempuh tahun 2020. Moga semua impiannya dimakbulkan Allah. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga karier seni Remy Ishak semakin bersinar dan gemilang diiringi sokongan peminat yang tak pernah put0s. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Remy Ishak, IG Remy Ishak Fans by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..