” Seriusly ? MasyaAllah.. “

Rizman Nordin Bersama Isteri Tunaikan Ibadah Umrah. Gambar Isteri Rizman Yang Menjadi Perbualan Netizen Di Instagram. Rupanya ini sebabnya…

Baru-baru ini, pereka fesyen terkenal iaitu, Rizman Nordin 35, telah berkongsi berita gembira di akaun Instagram miliknya bahawa, beliau bersama isteri Nurida Suraya 30, akan berangkat mengerjakan ibadah umrah pada 26 Disember 2019  yang lalu. Rizman juga mohon maaf dan ampun kepada semua sebelum berangkat ke tanah suci.

Terdahulu, Rizman juga telah menamatkan zaman bujang beliau dengan seorang ahli perniagaan iaitu Nurida Suraya pada 13 September 2019 yang lalu. Dengan sekali lafaz pasangan ini telah sah menjadi suami isteri dan majlis akad nikah telah diadakan di ruang acara Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur yang dihadiri teman-teman dan rakan selebriti.

Menggabungkan dua nama sebagai penjenamaan, Rizman Ruzaini mula mendapat tempat di hati selebriti tanah air. Dengan mencipta rekaan mewah yang dihasilkan, setiap kali berlangsungnya anugerah untuk industri seni Malaysia, pastinya mereka adalah antara yang paling sibuk untuk menghasilkan baju-baju yang cantik untuk dipakai oleh selebriti terkenal.

Menerusi Instagram, Rizman serta isterinya, Nurida Suraya telah memuat naik beberapa gambar mereka di Makkah  yang kini sedang menunaikan ibadah umrah. Rizman telah memuat naik gambar isterinya yang cantik berhijab dan telah menjadi perhatian dan perbualan netizen di laman media sosial.

Ikuti perkongsian Rizman Nordin di bawah :

” My Bidadari.. “

View this post on Instagram

My Bidadari ❤️

A post shared by rizman nordin (@rizman.n) on

Rata-rata netizen begitu teruja dan memuji akan kecantikan isteri Rizman Nordin. Antara komen-komen tersebut :

” Cantiknya bidadari rizman.. “

” Subhanallah cantek.. “

” Love your.. hijab.. look beautiful.. “

” Bidadari syurga abg @rizman.n , sgt2 cantik make up k x k tenang jer tgk kak @nuridasuraya.. “

” She perfect view.. “

” Seriusly.. MasyaAllah .. so cantik ! ..”

Woww.. Cantik Sungguh ! Sejuk mata memandang dengan kejelitaan isteri Rizman Nordin ini. Pasangan ini sama cantik, sama padan dan kelihatan sangat serasi bersama. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak, mendoakan semoga Rizman serta isteri, Nurida Suraya dipermudahkan urusan dan selamat mengerjakan ibadah umrah. Amin..

Silakan SHARE.

Sumber : IG Rizman Nordin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..