” Serius laaa lawak gil4 kot. Gelang tu tak nak kalah.. “

Parodi Temubual Dengan Isteri Baru Seorang Penceramah Agama Yang Viral Oleh Amyza Aznan Menggeletek Hati Netizen. Part Gelang Tu Memang Serius Winn !!

Siapa tidak kenal dengan Amyza Aznan. Beliau merupakan seorang pelawak dan pelakon wanita yang popular. Amyza mula menceburkan diri dalam bidang seni lakonan sejak tahun 1995. Antara drama terawal lakonannya yang begitu popular adalah siri komedi Mat Despatch.

Amyza telah meraih perhatian ramai apabila muncul menerajui siri komedi Tiga Dara: Tan Tin Tun bersama pelakon Jasmin Hamid & Norseha selama 4 tahun pada tahun 2005. Antara drama yang mempopularkan Amyza ialah drama bersiri Trilogi Cinta yang disiarkan di TV1 bersama Rosyam Nor pada tahun 2011. Ini kerana Amyza berjaya menghayati watak dramatik.

Selain itu, Amyza banyak melakonkan watak-watak komedi. Watak komedinya tidak pernah mengecewakan. Amyza turut memenangi pelbagai anugerah sepanjang penglibatannya dalam bidang seni. Terbaru, beliau memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik  dalam Anugerah Skrin 2019 menerusi drama Batik Zakiah.

Baru-baru ini tular tentang kisah seorang penceramah agama yang berkahwin baru dan telah mencer4ikan isteri pertamanya menjadi perbualan di media-media sosial. Video temubual penceramah itu bersama isteri barunya oleh Astro Gempak turut menjadi viral dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Tidak ketinggalan juga ada yang membuat parodi mengenai kisah tersebut. Terbaharu ialah parodi yang dilakonkan oleh Amyza Aznan dan Jaasuzuran yang begitu menggeletek hati netizen. Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Rata-rata netizen berasa terhibur dengan parodi yang dilakonkan oleh Amyza. Antara komen-komen mereka :

” Ni kelakar.. “

” Gelang tu xnk kalah.. “

” Hahahahahha harey la video ni.. aku baru lps tgk video lain yg vitamin ahahahahaha.. “

” Aku x perasan agi wayar tepong ingt gelang gape.. “

” What the banana in the basket! Hahahahahha.. “

” Seriussss arrrr lawak gil4 kot.. “

” Wayar talipon kt tgn x blh blah.. “

Menjadi sungguh parodi yang dilakonkan oleh Amyza ni terutamanya part gelang tu. Wayar telefon pun boleh jadi gelang. Tak pernah tak kelakar kalau Amyza melawak. Menjadi sungguh watak yang dilakonkannya. Sampai tak kering gusi dibuatnya.

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : FB Mcyah Joanjett, IG Jaasuzuran by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..