” Sepanjang saya mengand0ng apa yang saya mengidam saya tak pernah dapat. Saya hanya boleh boleh duduk di rumah.. “

” Senang cite saya ni tak diperlakukan sebagai seorang isteri.. “

Kehidupan dalam rumahtangga macam-macam yang akan dilalui. Apabila sudah menjadi suami orang, lihat apa yang kurang dalam rumahtangga. Bukan hanya segi nafkah, emosi seorang isteri juga perlu dijaga.

Ada suami yang pandai menjaga dan menghargai isteri, tetapi ada juga suami yang langsung tidak mengambil kisah tentang isteri sendiri. Malahan lebih ter0k ada saja yang tidak kena dengan isteri, pasti ada saja benda yang ingin dimar4hi.

Mari kita baca perkongsian dibawah ini moga-moga menjadi iktibar kepada kita semua untuk perbaiki mana yang kurang dalam kehidupan rumahtangga kita terutama kaum lelaki yang bergelar suami.

Salam admin tolong siarkan kisah saya.. saya dan suami telah berkahwin tahun lepas.. suami rancang nak anak lambat.. tapi tersangkut pulak mase awal2 kawin.. sepanjang saya mengand0ng apa yang saya mengidam saya tak pernah dapat.. kemana saje saya nak pergi tak pergi dibawa suami.. saya hanya boleh duduk di rumah..

( Gambar Sekadar Hiasan )

Kalau nak keluar pun mesti ade org lain.. jarang sangat kami keluar berdua.. sepanjang hamil.. saya tak pernah dipicit oleh suami.. suami tak pernah pegang perut saya sepanjang saya mengandung.. kalau saya mengidam saya beli sendiri saya cari sendiri.. sehingga saya bers4lin..

Senang cite saya ni tak diperlakukan sebagai seorang isteri..Jarang sekali kami nak berkasih sayang.. ketika saya pert4rungkan ny4wa untuk keluarkan anak pun dia tiada di sisi.. kini anak saya dah 4 bulan suami macam tak peduli kan saya dan anak sangat..

Saya seolah2 jaga anak sorang diri.. suami sebok dengan henfon saje.. lepas balik kerja dia layan henfon dlu.. saya dan anak kurang dapat kasih sayang suami..

( Gambar Sekadar Hiasan )

Suami saya bukan jenis kaki perempuan.. dia susah nak rapat dengan perempuan.. tapi saya tak tahu nape suami saya buat saya macam ni.. macam kami tak wujud.. saya penat uruskan anak sorang diri.. anak nangis pun dia buat tak dengar.. bila malam tak pernah bangun bantu saya jaga anak nangis..

Bila saya minta tolong dia apa apa.. dia mengel0h dan tak nak buat apa yang disuruh.. sekarang apa saje saya buat sendiri tanpa bantuan dia..Saya faham dia bekerja.. tapi dia tak faham saya pun penat jaga anak.. tak bantu saya banyak.. bantu sikit pun dah boleh..

Keperluan dan kehendak saya pun tak pernah dibelikan.. semuanya saya kumpul duit sendiri jika nak sesuatu.. nafkah tak adalah banyak sangat.. RM 100 saje tiap bulan.. 

Tapi kadang pampers susu anak pun saya beli.. keperluan anak saya pinjam dari sedara mara yg dah ade anak.. kalau nak yang baru memang takkan dapat..

(Gambar sekadar hiasan.)

Suami suka lebihkan adik beradik berbanding saya dan anak.. bagi dia keluarga no 1.. saya dan anak ke 2.. katanya jangan kedekut dengan keluarga.. nanti rezeki susah masuk..

Tapi saya dengan anak tak pernah nya dia belikan apa yang kami nak bukan ke kalau tak kedekut ngan isteri rezeki semakin bertambah ?  Saya tertekan hidup seolah2 macam tak wujud.. saya tak tahu nak kongsi dengan siapa.. hmm tq min.  – Isteri Mal4ng

Ketahuilah para suami, tiada isteri didunia ini yang tidak ingin bahagia bersama insan yang mereka sayang. Kerana mereka telah memilih anda sebagai imam mereka didunia ini untuk memimpin mereka sehingga ke akhir hayat, maka perlakukanlah isteri anda selayak mereka sebagai seorang isteri.

Apa yang seorang isteri perlukan adalah seorang suami yang dapat merendah diri, adil dan sopan dalam melayani isteri.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : KRT / Dikemaskini oleh Berita Kopak & Content Media