” Seorang macam Kareena Kapoor, seorang lagi Preity Zinta. Cantik anak-anak akak.. “

Gambar Anak-Anak Fiza Halim Bercuti Di Australia Menarik Perhatian Netizen. Ayu Dan Manis Sungguh Anak Dara Fiza !!

Masihkah anda ingat dengan Fiza Halim yang merupakan bekas anggota kumpulan Elite yang popular sekitar tahun 1996. Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Binti Abd. Halim dahulunya aktif sebagai penyanyi dan pelakon. Selepas beliau mendirikan rumah tangga beliau lebih menumpukan perhatian terhadap keluarga.

Fiza telah berkahwin buat kali yang ketiga dengan seorang juruterbang berstatus duda pada tahun 2017. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel bernama Aleena yang kini berusia setahun lebih.

Fiza mempunyai dua orang anak melalui perkahwinannya yang pertama bernama Feera Aryanna dan Feera Adyrra. Baru -baru ini Fiza bersama suami dan anak-anaknya telah pergi bercuti ke Australia. Mereka menaiki kapal terbang yang dipandu oleh suaminya sendiri.

Menerusi akaun Instagram, Fiza berkongsi gambar-gambar dan video percutian mereka di Australia. Namun yang begitu menarik perhatian netizen ialah anak-anak Fiza, Feera Aryanna dan Feera Adyrra yang begitu ayu dan manis sekali.

” Kusangka kan ambik gambar, rupanya video.. “

Rata-rata netizen memuji kecantikan anak-anak Fiza yang begitu manis sekali. Antara komen-komen mereka :

” Cantiknya anak2 dara sis.. “

” Cantik sgt anak-anak Fiza.. “

” Sorg mcm Kareena Kapoor, sorg lg Preity Zinta. Cantik anak2 akk.. “

” MasyaAllah cantiknya anak dara.. “

” Cantik mcm Preity Zinta.. “

” Cantik sgguh anak kamu ni beb.. Sweet.. “

” Cantik sgt… Sorg rupa mommy.. Sorg rupa daddy.. “

Antara gambar-gambar yang dikongsi oleh Fiza :

Sememangnya anak-anak Fiza begitu cantik sekali kerana mewarisi kecantikan ibunya bak kata pepatah ‘mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti kepada Fiza sekeluarga. Semoga gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fiza Halim by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..