Gadis Ini Merakam Video Detik-Detik Seorang Sahabatnya Sedang Memakaikan Tudung Untuk Ibunya Yang Terbaring Di Sebuah H0spital.

Video Tersebut Membuatkan Ramai Menitiskan Air Mata Terharu

Perjuangan seorang ibu untuk seorang anak sangat luar biasa. Ketulusan dan kesabarannya dalam menjaga seorang anak sejak dari kand0ngan sehingga anak tersebut dewasa dan bahkan hingga si anak sudah berkeluarga tidak akan tergantikan.

Sebenarnya, tiada ruang waktu di dalam hati seorang ibu melainkan sentiasa teringatkan serta mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan buat anaknya walaupun mereka sudah dewasa dan berkeluarga.

Doa ibu itulah sebenarnya yang menjadi pembuka pintu hidayah buat anaknya. Ibubapa kita tidak pernah meminta jasa mereka dibalas. Cukup bagi mereka untuk melihat semua anaknya bahagia dan berjaya.

Kerana itulah seorang anak seharusnya menjaga dan melayan mereka dengan sebaik-baiknya lebih-lebih lagi di waktu mereka memerlukan kita. Melayani dan menjaga ibu itu sebenarnya adalah satu kesempatan yang sangat besar untuk seorang anak berbakti kepada ibu mereka. Jadi layanilah mereka dengan sebaik-baiknya.

Di dalam sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna FB di statusnya telah menarik perhatian ramai netizen dan mendapat reaksi yang mengharukan. Beliau yang bernama  Nadzmi Adhwa telah memuatnaik video yang merakam detik-detik seorang sahabatnya sedang menjaga dan melayani ibunya yang hanya berbaring di katil sebuah hospital.

Bersama video tersebut, beliau menulis kapsyen yang berbunyi- “Kasih seorang anak, Sorry aku rakam senyap senyap. @ ardellaryana Banyak aku belajar dari kau dalam diam. Family comes first no matter what. Syurga bawah tapak kaki Ibu “.

Di dalam video tersebut memperlihatkan rakannya itu sedang memakaikan tudung untuk ibunya dengan penuh lembut dan berhati-hati.  Dapat dilihat bagaimana sekali-sekala dia mengusap dan memegang ibunya dengan penuh kasih sayang seorang anak kepada ibunya

Video tersebut telah mendapat perkongsian yang ramai dan membuatkan ramai netizen merasa terharu dan tidak kurang juga yang teringatkan dan merindukan ibu masing-masing apabila menonton video tersebut

Antara netizen yang menulis di ruang komen menunjukkan mereka merindukan ibu mereka apabila menonton video tersebut

Tonton VIDEO Tersebut di bawah Ini

Kasih seorang anak 😭 Sorry aku rakam senyap senyap. @ardellaryana Banyak aku belajar dari kau dalam diam. Family comes first no matter what. Syurga bawah tapak kaki Ibu ❤️

Posted by Nadzmi Adhwa on Saturday, April 6, 2019

Video yang dimuatnaik oleh  Nadzmi Adhwa itu menunjukkan begitulah seharusnya layanan anak-anak kepada ibu mereka ketika seorang ibu memerlukan anak-anak. Layanlah ibu dengan selembut lembutnya dan sebaik-baiknya sebagaimana ibu menjaga dan membesarkan kita sedari kecil.

Semoga ibu sahabatnya itu kembali sihat dan sama-samalah kita juga berdoa untuk ibu kita semua agar senantiasa sihat dan dipanjangkan usia. Bagi mereka yang telah kehilangan ibu yang tersayang, jangan lupa untuk senantiasa menghadiahkan Al-Fatihah untuknya dan semoga mereka termasuk dalam golongan yang diredhaiNYA.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemaha Dan Disediakan oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : FB Nadzmi Adhwa