Senarai Pemenang Anugerah MeleTOP Era 2019. Tahniah Kepada Semua Pemenang !!

Anugerah MeleTOP ERA 2019 (AME2019) baru sahaja melabuhkan tirai sebentar tadi. AME2019 disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Tahun ini merupakan tahun ke-6 anugerah MeleTOP dan ERA ini dianjurkan.

Sebanyak 16 kategori telah dipertandingkan dan pemenang ditentukan oleh 100% undian peminat seperti tahun-tahun sebelum ini. Kuasa peminat sangat besar untuk menentukan pemenang-pemenang.

Sebelum ini secara eksklusif senarai Top 20 yang tercalon diumumkan di rancangan MeleTOP yang dihoskan oleh Nabil dan Neelofa. Seramai 60 selebriti dan juga wakil pihak media dijemput ke Studio MeleTOP.

Peminat dikehendaki membuat undian di laman sesawang era.je atau laman web anugerah MeleTOP. Undian awal untuk menentukan calon Top 5 dibuka sejak 12 Februari 2019 sehingga 8 Mac 2019 dan akhirnya pihak MeleTOP telah membuat pengumuman senarai yang tercalon dalam Top 5 AME2019 pada 19 Mac yang lalu.

Untuk pengetahuan semua, Neelofa dan Nabil Ahmad tidak tercalon bagi Top 5 AME2019 ini kerana kedua-dua mengambil keputusan untuk menarik diri daripada setiap percalonan yang diterima mereka.

Anugerah gilang-gemilang pada malam ini dipengacarakan oleh Nabil, Neelofa dan juga Jihan Muse. Antara artis yang membuat persembahan adalah Ella, Exist, Akim & The Majistret, Sufian Suhaimi, Misha Omar, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Siti Nordiana, Khai Bahar, Ayda Jebat, Andi Bernadee, Baby Shima, Floor 88 dan ramai lagi.

Di bawah adalah senarai calon Top 5 AME2019 dan juga pemenang :

FESYEN MELET0P :

  1. Fazura
  2. Fattah Amin
  3. Remy Ishak
  4. Scha Alyahya
  5. Syafiq Kyle (Pemenang)

ARTIS BAHARU MELET0P :

  1. Andi Bernadee
  2. Eyra Hazali (Pemenang)
  3. Luqman Faiz
  4. Sarah Suhairi
  5. Syafiq Farhain

SI CILIK MELET0P :

  1. Aqeef Anaqi
  2. Jebat Jayden
  3. Lara Alana
  4. Syeriv Samheizy
  5. Yusoff Al Qardawi (Pemenang)

COUPLE MELET0P :

  1. Eira Syazira & Azad Jazmin
  2. Jihan Muse & Ungku Hariz
  3. Mia Ahmad & Mohd Izham Tarmizi
  4. Nur Fazura & Fattah Amin (Pemenang)
  5. Vivy Yusof & Fadza Anuar

PROGRAM MELET0P :

  1. Big Stage
  2. Gegar Vaganza 5
  3. Maharajalawak Mega 2018 Ep 1
  4. Sepahtu Reunion Live Al-Puasa (Pemenang)
  5. Tazkirah Malam Jumaat

ARTIS LAWAK MELET0P :

  1. Bocey
  2. Fikry Ibrahim
  3. Jep Sepahtu (Pemenang)
  4. Jihan Muse
  5. Zizan Razak

HOS MELET0P :

  1. Alif Satar
  2. Jihan Muse
  3. Sherry Alhadad
  4. Siti Nordiana (Pemenang)
  5. Zizan Razak

PROGRAM RADIO MELET0P :

  1. JoHaRa Pagi ERA (Pemenang)
  2. Pagi di SINAR
  3. PM ERA
  4. Super 40 ERA
  5. Suria Cinta

PENYAMPAI RADIO MELET0P :

  1. DJ Lin
  2. Jep Sepahtu
  3. Johan (Pemenang)
  4. Radin
  5. Sharifah Shahira

DRAMA MELET0P :

  1. Cik Reen Encik Ngok Ngek
  2. Dia Anak Jeneral
  3. Lelaki Kiriman Tuhan (Pemenang)
  4. Mr. Grey
  5. Tak Ada Cinta Sepertimu

PELAKON TV MELET0P :

  1. Fattah Amin
  2. Fendy Bakry
  3. Mira Filzah
  4. Remy Ishak
  5. Syafiq Kyle (Pemenang)

GROUP / DUO MELET0P :

  1. Akim & The Majistret,
  2. Caliph Buskers ft Faizal Tahir
  3. Floor 88
  4. Hael Husaini & Dayang Nurfaizah (Pemenang)
  5. Tajul & Wany Hasrita

PENYANYI MELET0P :

  1. Datuk Seri Siti Nurhaliza
  2. Haqiem Rusli
  3. Khai Bahar (Pemenang)
  4. Siti Nordiana
  5. Sufian Suhaimi

LAGU MELET0P :

  1. Anta Permana – Dato’ Siti Nurhaliza
  2. Di Matamu – Sufian Suhaimi
  3. Haram – Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
  4. Jatuh Bangun – Haqiem Rusli feat Aman Ra (Pemenang)
  5. Sampai Bila – Misha Omar

FILEM MELET0P :

  1. Hantu Kak Limah
  2. KL Special Force
  3. Langsuir
  4. Munafik 2 (Pemenang)
  5. Pulang

BINTANG FILEM MELET0P :

  1. Fattah Amin
  2. Remy Ishak
  3. Syafiq Kyle (Pemenang)
  4. Syamsul Yusof 
  5. Zizan Razak

ANUGERAH KHAS : Dato’ M. Daud Kilau

ARTIS TOP TOP MELET0P LELAKI : Khai Bahar

ARTIS TOP TOP MELET0P WANITA : Siti Nordiana

Tahniah kepada semua pemenang. Teruskan mewarnai dunia seni hiburan tanah air. Tahniah kepada peminat-peminat yang bertungkus lumus mengundi selebriti kegemaran masing-masing.

Silakan SHARE..

Kredit Foto : FB & IG Era, MeleTOP / Article by Berita Kopak & Content Media

Article ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..