Senarai Pemenang Anugerah DFKL 2019. Tahniah Drama Nur, Menang Besar !!

Malam kemuncak Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 baru sahaja melabuhkan tirai. Anugerah DFKL ini bersiaran langsung di TV3 pada jam 9 malam dan juga boleh ditonton secara live di Youtube TV3 Official.

Anugerah yang bersiaran langsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) ini adalah hasil kerjasama Rangkaian Televisyen Media Prima TV3, Ntv 7, 8TV dan juga TV9.

Awal Ashaari diberi tugas untuk mengacara Anugerah ini. Ramai yang sedia maklum, Anugerah DFKL ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf drama-drama popular pilihan penonton bagi drama yang ditayangkan di TV3 dan TV9 berdasarkan kadar tontonan tertinggi.

Peminat akan mengundi artis pilihan mereka dalam kategori Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Rantaian Bahasa Cina.

(Kredit : Tv3)

Di bawah adalah senarai keputusan Pemenang Anugerah DFKL 2019 :

DRAMA PILIHAN : 

  1. Nur – Radius One Sdn Bhd – Pemenang
  2. Jangan Benci Cintaku – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
  3. Kekasih Paksa Rela – Creative Skill Solution Sdn Bhd
  4. Seribu Rindu – Orangetree Production Sdn Bhd
  5. Shah & Zam – Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd

DRAMA RANTAIAN BAHASA CINA : 

  1. My Sensei Nyonya – Mediacorporation Sdn Bhd – Pemenang
  2. Dr. Chen’s Diary – Maze Studios Sdn Bhd
  3. Singing In The Spring – Maze Studios Sdn Bhd
  4. Persona 2 – The Rock Productions Sdn Bhd
  5. Super Mischievous Mil – Double Vision Sdn Bhd

AKTOR PILIHAN : 

  1. Syafiq Kyle (Nur) – Pemenang
  2. Saharul Ridzwan (Jangan Benci Cintaku)
  3. Remy Ishak (Kekasih Paksa Rela)
  4. Zul Ariffin (Seribu Rindu)
  5. Azrel Ismail (Cik Sempurna)

AKTRES PILIHAN :

  1. Janna Nick (Semerah Cinta Humairah) – Pemenang
  2. Amyra Rosli (Nur)
  3. Azira Shafinaz (Seribu Rindu)
  4. Zahirah Mcwilson (Jangan Benci Cintaku)
  5. Emma Maembong (Cik Sempurna)

ANTAGONIS PILIHAN :

  1. Azhan Rani (Nur) – Pemenang
  2. Niena Baharun (Jangan Benci Cintaku)
  3. Fadlan Hazim (Seribu Rindu)
  4. Diana Danielle (Raisha 2)
  5. Mas Khan (Andainya Takdir 2)

PENGARAH PILIHAN :

  1. Shahrulezad (Nur) – Pemenang
  2. Pali Yahya (Jangan Benci Cintaku)
  3. Zamri Zakaria (Seribu Rindu)
  4. Khalid Nazri (Cik Sempurna)
  5. Along Kamaludin (Terbaik Dariku)

PENULIS SKRIP PILIHAN :

  1. Shahrulezad (Nur) – Pemenang
  2. Loh Chung Tat (Jangan Benci Cintaku)
  3. Nieza Nahar (Kekasih Paksa Rela)
  4. Lily Suhana & Adza Emie (Terbaik Dariku)
  5. Panel Orangtree (Seribu Rindu)

LAGU PILIHAN :

  1. Haqiem Rusli & Aman RA – Jatuh Bangun (Shah & Zam) – Pemenang
  2. Misha Omar – Sampai Bila (Jangan Benci Cintaku)
  3. Ariff Bahran – Kata Akhirmu (Cinta Hati Batu)
  4. Aiman Tino – Permata Cinta (Andainya Takdir 2)
  5. Ernie Zakri – Misteri (Dian)

PASANGAN PILIHAN :

  1. Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur) – Pemenang
  2. Saharul Ridzwan &Zahirah Macwilson (Jangan Benci Cintaku)
  3. Remy Ishak & Intan Najuwa (Kekasih Paksa Rela)
  4. Zul Ariffin & Azira Shafinaz (Seribu Rindu)
  5. Azrel Ismail & Emma Maembong (Cik Sempurna)

DRAMA PENDEK PILIHAN : 

  1. Orang Kita – Mohamad Edzuan (Taira San) – Pemenang
  2. Roti Jala Online – Samsul Salleh
  3. Nelayan Siblings – Creative Details Filming
  4. Butang Hukum – Ahmad Syukri
  5. Kampung Sosialit – Liyana Sulong

Tahniah kepada semua pemenang, lebih-lebih untuk yang terlibat dengan Drama Nur. Nampaknya Drama Nur menang besar malam ini. Memang terbaik !!

Kepada yang belum menonton, boleh tonton video yang dimuatnaik di Youtube TV3 Malaysia di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : Youtube Tv3 Malaysia / Article by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..