” Sempat lagi Anaqi ye, Mama melayan je.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Amyra Rosli, Aqeef Anaqi Bergayutan Di Dalam Kereta Mencuit Hati Netizen. Part Amar Baharin Datang Semula Ke Kereta Buat Amyra Dan Anaqi Cu4k. Aiyokkk, Habiss Lah Kalau Daddy Tahu !!

Sudah pasti ramai yang mengenali akan pasangan selebriti terkenal, Amar Bahrain dan Amyra Rosli. Bukan sahaja sama cantik dan sama padan, malah sifat peribadi mereka yang humble sering mendapat pujian ramai. Selain Amar dan Amyra, anak-anak mereka juga menjadi tumpuan ramai.

Aqeef Anaqi antara si cilik yang sering menjadi tumpuan peminat. Anak sulung kepada pasangan ini sekarang telah mempunyai 717k followers di akaun Instagram miliknya. Anaqi yang mempunyai mata yang bulat pipi yang tembam membuatkan beliau lebih disayangi. Lagi-lagi yang mengikuti perkembangan Anaqi dari kecil lagi.

Anaqi yang mewarisi kecantikan dan kekacakan wajah ibu dan ayahnya ini selalu sahaja kelihatan ceria dan comel dengan keletahnya. Mendengar Anaqi bertutur juga menjadi hiburan kerana kadang kala Anaqi akan tersalah cakap dan keluar perkataan yang melucukan. Anaqi juga mempunyai adik bernama Ayra Aryssa.

Terbaru, menerusi laman Instagram Amyramar, sebuah posting berbentuk video telah dimuatnaik. Video tersebut memaparkan Aqeef Anaqi berada dalam kereta dan sedang bergayut di tempat gantungan pakaian yang diletakkan di dalam kereta tersebut. Kelihatan Anaqi sangat seronok bergayut dan melakukannya berulang kali.

Apa yang menariknya, Anaqi melakukan perkara tersebut bila ketiadaan ayahnya, yang hanya adalah ibunya sahaja. Amyra hanya melayan sahaja melihat Anaqi berbuat demikian. Namun setelah melihat Amar menghampiri kereta, Amyra memberikan arahan kepada Anaqi supaya duduk diam sahaja, seperti tiada apa yang berlaku.

Jom tonton video tersebut di bawah ini :

Amboi seronoknya dia bergayut ye !!

Dalam usia kanak-kanak seusia Aqeef Anaqi berbagai ragam dan keletah yang mereka lakukan untuk proses pembelajaran dan tumbesaran mereka. Semuanya ini adalah bertujuan untuk memberikan mereka memperkembangkan daya fikir. Kanak-kanak yang cergas sememangnya aktif dalam aktiviti seharian mereka.

Sebagai seorang ibu Amyra sangat memahami  anaknya Aqeef Anaqi seharusnya dibiarkan berbuat sebegitu supaya Aqeef dapat belajar sesuatu yang baru tetapi di dalam pantauan. Mungkin ramai ibu bapa yang risau bukan. Namun itulah kanak-kanak. Semoga Aqeef Anaqi terus membesar dengan sihat dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amyramar, Amyra Rosli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..