Semenjak Lahir, Dia Telah Mempunyai Kening Dan Alis Mata Yang Panjang Dan Cantik

Lihat Alis Dan Kening Matanya Sekarang Ini. Memang Tak Berkelip Mata Perempuan Kalau Melihatnya!

Tidak dinafikan ramai wanita yang menginginkan alis mata atau kening yang panjang dan melentik. Ini kerana ianya menambahkan lagi seri pada mata supaya kelihatan lebih anggun dan menawan.

Kerana itulah ramai yang berusaha dengan pelbagai cara untuk menjadikan kenig dan alis mata mereka lebih cantik dan menawan termasuklah dengan memakai alis dan kening tiruan yang dapat dibeli di kedai-kedai ataupun di laman online.

Tetapi bagi seorang kanak-kanak yang bernama Muin Bachonaev, 11 tahun dari Rusia dia telah dianugerahkan dengan kening dan alis mata yang panjang sehinggakan diiktiraf terpanjang di negara tersebut. Bayangkan semasa lahir pun, bulu matanya telah kelihatan panjang dan keningnya kelihatan tebal.

Sekarang kening matanya telah mencapai panjang 4.3 cm. Kening dan alis matanya yang panjang itu membuatkan dia sering ,mendapat perhatian dari orang ramai. Bagi Muin, dia tidak berapa kisah dengan pandangan dari orang walaupun kening dan alis matanya itu berbeza daripada orang lain.

Menurutnya dia tidak pernah mendapatkan penjagaan khusus untuk alis dan matanya kerana dia menganggap ianya biasa seperti orang lain. Alis dan kening matanya yang panjang itu telah mencatatkan dirinya masuk ke dalam Russian Book Of Record sebagai orang yang mempunyai alis dan kenig terpanjang.

Muin yang mempunyai hobi bermain bolasepak bercita-cita untuk menjadi pemain bolasepak yang berjaya satu hari nanti.

Bapanya yang bernama Zaidullo Bachonaev mengakui yang dia pernah membawa anaknya berjumpa doktor untuk mengetahui tahap kesihatan anaknya itu adakah normal seperti kanak-kanak lain.

Menurut doktor, anaknya itu mempunyai kesihatan yang baik walaupun dia mepunyai alis dan kening yang sangat unik dan panjang. Apapun diharapkan satu hari nanti Muin berjaya mengapai cita-citanya menjadi pemain bolasepak yang berjaya.

Siapa yang terpegun memandang alis dan kening matanya yang tebal dan melent1k, pasti ramai gadis yang terpes0na melihatnya!

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE ya!

Terjemahan Dan Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber: Youtube