” Selamat Hari Keputeraan Tuanku. Segak Tuanku.. ” – Netizen

Video Kej0tan Ulangtahun Kelahiran KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Sultan Abdullah Di Istana Negara. Nyanyian Dan Persembahan Yang Menghiburkan, Sempat Lagi Tuanku Berseloroh Umurnya Berapa !! 

Ditabalkan sebagai KDYMM Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-16, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menjadi Agong kesayangan ramai rakyat. Malahan sejak sebelum bergelar Agong lagi, baginda sangat disanjungi oleh rakyat negeri Pahang.

Sikap Tuanku yang peramah dan sangat merendah diri serta berjiwa rakyat ini buat ramai yang mengagumi baginda. Kepimpinan Tuanku juga disenangi seluruh rakyat. Tidak hanya mendapat pendidikan tinggi sehingga ke luar negara, baginda Tuanku juga mendapat pendidikan agama yang sempurna daripada Kadi Besar Pahang.

Bersama permaisurinya, Tunku Azizah Aminah, pasangan ini kelihatan sangat sweet dan romantis. Tunku Azizah juga antara permaisuri yang sangat disenangi dan dipuji-puji rakyat. Penampilannya, gaya pemikirannya, serta bakat dan kreativiti yang dimiliki Tunku Azizah buat ramai kagum.

Meninjau akaun Instagram Istana Budaya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kej0tan sambutan ulangtahun kelahiran Tuanku Sultan Abdullah. Warga Istana Negara yang sepakat mengadakan majlis ringkas ini buat Tuanku sebelum keberangkatan pulangnya ke Pahang.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menerima kejutan nyanyian lagu “Allah Selamatkan Tuanku” daripada Warga Istana Negara bagi meraikan Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-61 Seri Paduka Baginda di Istana Negara, pagi ini. Seri Paduka Baginda turut dikejutkan dengan persembahan sebuah kek dan pulut kuning daripada warga Istana Negara. Warga Istana Negara turut melaungkan “Daulat Tuanku” tiga kali selepas nyanyian lagu tersebut. Seri Paduka Baginda turut berkenan memotong kek dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada warga Istana Negara. Kejutan ini berlangsung ketika Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong bersedia untuk berangkat pulang ke Kuantan, Pahang. Semoga Seri Paduka Baginda dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku. #agongkita #royal #malaysia #harikeputeraan #birthday #istananegara

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Kej0tan ini buat Tuanku tersenyum gembira. Seronok betul tengok aksi spontan Tuanku ini. Antara komen-komen :

” Happy besday tuanku. Kami minta tuanku lanjut 10 tahun lagi jd agong blh hehe.. “

” Semoga Allah melanjutkan usia Tuanku dan terus menaungi pemerintahan negara dengan adil dan saksama, Daulat Tuanku.. “

” Daulat Tuanku.. Allah panjangkan umur Tuanku… selamat hari keputeraan Tuanku.. “

” Daulat tuanku.. moga dpanjangkan umur dan diberi kesihatan yg baik.. semoga Allah SWT lindungi tuanku dari segala apapun.. “

” Daulat Tuanku Selamat Ulangtahun Keputeraan Yang Ke-61 buat Tuanku. Alhamdulillah.. “

” Sanah Helwah Tuanku.. love you soooo muchh.. moga dipanjangkan umur.. sihat tubuh badan bahagia di samping keluarga.. “

” Selamat Hari Keputeraan Tuanku. Segak tuanku, kek pun cantik. Humble sangat Tuanku.. “

Meriah sambutan ulangtahun Tuanku ini. Iyelah Tuanku kesayangan ramai rakyat jelata yang berjiwa rakyat. Semoga bertambahnya usia, dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan sentiasa dilindungi Allah dalam rahmatNya selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Istana Negara, IG Tunku Azizah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..