” Selama ni aku confius Shuk ni dah kawen ke belum. Sekarang terjawab la soalan m1steri aku. Hahaha.. “

Tahniah Shuk Sahar Timang Cahaya Mata Kedua. Sebak Dengar Shuk Iqamatkan Anaknya !!

Pelakon dan pengacara Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Bin Mohamed Sahar baru sahaja menimang cahaya mata kedua hari ini. Shuk dan pasangannya Rossaiennah Asshaferah telah berkahwin pada tahun 2015 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Qurratul Ain.

Bermula dengan program realiti Raja Lawak yang disiarkan di Astro warna pada tahun 2011, Shuk kini mengembangkan bidangnya dalam lakonan, pelawak, pengacara TV dan penyampai radio. Shuk melakonkan filem pertama iaitu Adnan sempit 2 pada tahun 2012.

Shuk bersama seorang lagi pengacara, Sean Lee sedang mengacara program realiti tv dalam ” I Can See Your Voice Malaysia 2 “. Shuk juga sehingga kini aktif sebagai penyampai radio di H0t FM dalam rancangan ”  Geng Pagi H0t “.

Menerusi akaun instagram, H0t FM 976 berkongsi video Shuk sedang mengiqamatkan anaknya yang baru sahaja lahir pada hari ini. Namun Shuk masih belum berkongsi tentang anak keduanya di instagram miliknya lagi.

Jom tonton video dibawah :

” Alhamdulillah. Tahniah Shuk atas kelahiran anak keduanya hari ini! Mesti comel kan! Tak sabarnya admin nak jumpa . Cuba teka baby girl ke baby boy? @shuk_H0tFM #GengPagiH0t #TahniahShuk “

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Shuk. Antara komen rata-rata peminat :

” Mesti lah girl klau iqamat… – Anak perempuan confirmed “

” Alhamdulillah Tahniah abang Shuk semoga Membesar dengan Sihat “

” Selama ni aku confius shuk NI dh kawen ke blm.. haha..  skrg terjawap la Soalan m1steri aku ni.. tahniah syuk Dan isteri.. “

” Baby girl… letak name elly mazlin @H0tFM976 “

” Tahniah @shuk_H0tFM… dpt bby.. seronok dgr celoteh kamu dn rakan2.. di @H0tFM976 “

” Tahniah @shuk_H0tFM !! opkos bby girl sbb iqomah… “

Selepas ini bertambah lah kerja Shuk untuk menjaga isterinya dalam pant4ng dan anak barunya pula. Seronok kan bila terima orang baru dalam keluarga. Pasti lepas ni hidup Shuk lebih meriah dengan adanya 2 orang puteri yang disayangi.

Kami di Berita Kopak menucapkan tahniah kepada Shuk dan pasangannya atas kelahiran ahli keluarga baru mereka. Semoga bayi yang dianugerahkan itu menjadi pengikat kasih sayang antara Shuk sekeluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG H0t FM 976, Shuk H0t FM by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..