Selama Lebih 20 Tahun Isterinya Itu Sentiasa Menemaninya

Tetapi Bila Telah Mempunyai Segalanya, Buruh Bangunan Ini Cer4ikan Isterinya. Hanya Sekeping Surat Ditingg4lkan Isterinya…

Kita selalu mendengar kisah rumahtangga yang kadang-kadang kita tidak menjangka ianya sebnarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Apa yang paling penting, adakah kita dapat mengambil pelajaran dari kisah tersebut ataupun tidak.

Kisah sepasang suami isteri ini mungkin boleh dijadikan ikhtibar dan pengajaran untuk semua pasangan dan semoga ianya dapat memberi sedikit peringatan yang tidak semestinya perhubungan yang lama itu akan terus kekal bahagia seperti yang kita harapkan.

Kisahnya bermula apabila Ghafar (bukan nama sebenar) seorang buruh bangunan telah berkahwinan lebih 20 tahun dengan isterinya tetapi mereka tidak mempunyai seorang anak pun. Walaupujn begitu kehidupan mereka cukup bahagia.

Satu malam Ghafar mahu melakukan perhubungan intim dengan isterinya, tetapi isterinya pada malam itu berada dalam keadaan sangat letih selepas sehari-hari melakukan kerja rumahtangga.

Dari situ terdetik dihatinya yang dia dapat selalu memel0k erat isteri yang dikahwininya dan pernah memberi kebahagiaan di dalam hidupnya. Dia merasa kasihan melihat wajah isterinya yang keletihan. Ghafar bersump4h satu hari nanti untuk selalu membuat isterinya bahagia dan hidup senang.

Ghafar bertekad untuk berusaha keras dan menjadi senang supaya dia dapat membahagiakan isterinya. Dari seorang buruh bangunan yang mempunyai gaji kecil, sedikit demi sedikit Ghafar meningkat dan akhirnya berjaya menjadi seorang kontraktor yang berjaya.

Dengan syarikatnya yang kian berjaya, dari situlah segala g0daan dalam kehidupannya bermula. Pada satu malam, Ghafar pulang dan ingin melakukan hubungan intim dengan isterinya. Tetapi dia melihat isterinya telah tidur.

Dia memerhatikan tubuh isterinya dengan renungan yang lama. Dia mel;ihat tubuh isterinya semakin tua, badan isterinya yang dulu lansing kini sudah dipenuhi lemak. Kulit isterinya pun sudah tidak mulus dan berkedut.

Dia membandingkan isterinya itu dengan wanita-wanita cantik yang pernah ditemuinya. Isterinya itu dilihat sebagai wanita kampung yang biasa. Isterinya itu tidak menarik lagi dan tidak memenuhi seleranya lagi. Tamabahan lagi, perkahwinan mereka tidak dikurniakan seorang anak pun.

Dia berfikir yang perhubungan mereka ini sebenarnya sudah sampai kepenghujungnya. Tetapi dia bukanlah seorang lelaki yang kej4m, fikirnya di dalam hati. Dia akan memberikan isterinya itu harta dan duit untuk meneruskan hidup.

Dan pada satu hari, Ghafar membulatkan tekadnya. Dia berhadapan dengan isterinya dan mengatakan yang dia ingin berpisah dengan isterinya. Dia akan memasukkan sejumlah wang dan membelikan isterinya sebuah rumah untuk duduk. Dia tidak mahu isterinya hidup susah lagi dan dapat menruskan kehidupan dengan selesa tanpanya.

Isterinya yang duduk dihadapannya hanya berdiam diri dan tenang mendengar permintaan Ghafar itu. Ghafar yang melihat mata tenang isterinya itu sangat memahami perasaan isterinya. Wanita yang dihadapannya ini adalah wanita yang sentiasa bersamanya selama 20 tahun lebih ini.

Ghafar cukup memahaminya. Walaupun terlihat tenang tetapi Ghafar tahu isterinya menyimpan perasaan yang sangat sedih dan per1t untuk diluahkan. Ghafar menatap mata isterinya dengan cukup lama dan tiba-tiba dia menyedari yang dirinya ini begitu kej4m. Tetapi Ghafar telah mebulatkan tekadnya.

Tiba hari untuk mereka berpisah, sesuatu berlaku di syarikatnya yang membuatkan Ghafar tidak dapat pulang dan menyuruh isterinya itu menunggu dia datang. Ini kerana dia ingin menghantar isterinya melihat rumah baru yang dibelikan untuk isterinya itu. Dan hari itu perkahwinan mereka selama 20 tahun lebih akan sampai ke penghujungnya.

Selesai menyelesaikan urusannya, Ghafar pun menuju ke rumah untuk mengambil isterinya itu. Tetapi sepanjang perjalanan dirasakan cukup lama dan hatinya merasa tidak tenteram. Sampai di rumah, dia terkej0t apabila menyedari isterinya itu telah pergi.

Dia melihat kunci rumah baru yang dibelikan untuk isterinya itu, buku bank isterinya yang telah dimasukkan duit dan ada sekeping surat yang ditinggalkan.

Ghafar pun membuka surat itu dan membacanya…

“Maafkan saya abang, saya sudah pergi, kembali ke rumah ibubapa saya di kampung. Semua selimut sudah saya cuci, dan juga sudah dijemur, saya meletaknya di rak sebelah kiri, jika abang kesejukan ketika tidur, ambillah di dalam itu.

“Semua kasut abang juga telah saya kilatkan dan bersihkan. Jika kasut abang rosak, abang boleh pergi membaikinya pada tukang kasut yang berada berhampiran rumah.”

“Semua baju abang juga telah saya basuh dan keringkan. Saya letakkan di bahagian atas almari, stokin dan tali pinggang di bahagian bawahnya.”

“Ketika membeli beras, belilah beras cap rambutan kerana itu beras kegemaran abang. Abang tidak dapat makan jika menggunakan beras yang lain”

“Selepas ketiadaan saya, jangan lupa makan ubat, ubat-ubatan abang telah saya asingkan dan letakkan jadualnya. Abang boleh mengambilnya di bahagian dapur.”

“Sebelum abang pergi kerja, tutuplah jendela tingkap sebelum keluar kerana kalau hujan, air akan memasuki dan membasahi lantai bahagian dalam.

” Dan hari ini, saya telah memasak makanan kegemaran abang untuk kali terakhir. Jika abang ingin makan, ambillah di dalam almari di dapur.”

“Akhir kata, maafkan segala kesalahan saya pada abang selama 20 tahun perkahwinan kita. Halalkan makan minum dan segalanya yang telah abang beri kepada saya selama ini. Dan terima kasih banyak-banyak kerana selama 20 tahun telah memberikan saya kebahagiaan di dalam hidup bersama abang”.

Walaupun tulisan isterinya itu tidak kemas, tetapi apa yang Ghafar baca itu bagaikan pet1r menyamb4r tubuhnya. Dengan langkah perlahan dia menuju ke dapur dan mlihat makanan yang telah dimasak oleh isterinya.

Tiba-tiba fikirannya terkenang ketika 20 tahun dahulu, dia berada di tengah-tengah panas sedang membancuh simen dan mengangkat pasir. Apabila tiba waktu makan, makanan inilah yang menjadi bekalan untuknya. Makanan yang di masak oleh isterinya dan ketika itu dia berasa puas dan bahagia menjamah makanan itu.

Baru dia menyedari apa yang dia telah lakukan adalah satu perkara yang sangat menyak1tkan sekali. Dia pernah berjanji  dan bersump4h akan membuatkan isterinya itu bahagia. Dia ingin memel0k dan mencium isterinya, wanita yang senantiasa menjadi peneman hidupnya selama lebih 20 tahun ini.

Dia menyedari yang dia telah meluk4kan hati wanita yang sanggup menemaninya dan memberikan kebahagiaan selama ini. Dia berfikir yang isterinya itu akan bahagia dengan harta dan duit yang diberikannya tetapi tidak sebenarnya. Sebaliknya dia tahu, dia akan kehilangan kegembiraan dan seorang insan yang senantiasa berada disisinya baik waktu senang ataupun susah.

Dalam perjalanan airmata lelakinya mengalir deras. “Maafkan abang isteriku…., Maafkan abang….”.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media