Selama Dua Tahun Pasangan Ini Mendengar Suara Aneh Di Sebalik Dinding Bilik Rumah Mereka.

Kerana Tidak Tahan Mereka Pun Mengambil Keputusan Untuk Membuka Dinding Tersebut Dan Melihat Apa Yang Menyebabkannya

Seorang lelaki berkongsi kisahnya bersama isteri yang bertahun-tahun mendengar bunyi yang aneh dari dinding bilik rumah mereka. Mereka selalu tertanya-tanya apakah yang sebenarnya ada di sebalik dinding itu.

Seperti yang dipetik dari Daily Mail pada 21 May lalu, lelaki tersebut yang tinggal bersama isterinya selalu terdengar suara yang aneh yang membuatkan meeka selalu tertanya-tanya apakah yang berda di sebalik dinding rumah mereka tersebut.

Alangkah terkej0tnya mereka apabila mendapati suara yang selalu mereka dengar keluar dari dinding itu adalah suara puluhan ribu lebah yang telah bertahun-tahun mengjadi penghuni di dalam dinding rumah mereka itu.

Pasangan dari Granada itu telah menghubungi seorang penternak lebah tempatan yang bernama Sergio Guerrero untuk mengatasi masalah tersebut dengan memindahkan sarang lebah yang berada di dalam dinding tersebut.

Sergio Guerrero sendiri merasa terkejut melihat besarnya sarang lebah yang berada di dalam dinding itu dan mengatakan yang dia tidak menyangka bagaimana pasangan tersebut boleh tinggal di dalam bilik tersebut.

Menurut perkiraan Sergio, kemungkinan sarang lebah itu telah berada 2 tahun di dalam dinding tersebut mengikut besarnya sarang lebah yang berukuran beberapa meter tersebut. Dari pengalamannya, dia mengatakan yang sarang lebah ini boleh menempatkan 80,000 ekor lebah.

Sergio menunjukkan sarang lebah yang diambilnya di dalam dinding rumah pasangan tersebut

Suara dengung yang dihasilkan oleh sarang lebah tersebut telah bertahun-tahun menganggu tidur  pasangan tersebut sepanjang malam. “Bagaimana mereka (pasangan) dapat hidup dengan lebah berjumlah sangat besar ini selama hampir dua tahun.”

Lihatlah betapa besarnya sarang lebah tersebut

Dia yang menjalankan perniagaan penternakan lebah telah mengambil masa tujuh jam untuk memindahkan sarang lebah tersebut dengan selamat. Guerrero yang juga seorang ahli Colmena Sanadora, sebuah projek untuk menjaga lebah tetap hidup dan membantu pemilik rumah yang memiliki masalah dengan sarang lebah.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Daily Mail