Selama 28 Tahun, Wanita Penjual Keropok Di Jalanan Ini Berusaha Menyimpan Duit Untuk Menunaikan Haji Di Mekah.

Dan tahun Ini, Segala Usahanya Itu Akan menjadi Kenyataan

Pada tarikh 8 hingga 12 haribulan Zulhijah dalam takwim Islam seluruh umat Islam di seluruh dunia yang berkemampuan akan berangkat ke Tanah suci Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5.

Sebagai umat Islam, rukun ke-5 itu menjadi satu kewajipan untuk menunaikannya jika sudah berkemampuan. Maka tidak hairanlah, setiap tahun jutaan umat Muslin dari seluruh dunia akan berkumpul di Kota Suci itu.

Tidak ketinggalan juga seorang jemaah haji dari Indonesia ini yang bernama Tri Darini. Kisahnya yang menarik perhatian di negara itu boleh dijadikan inspirasi kepada seluruh orang Islam kerana apa yang dilakukannya menunjukkan satu usaha yang benar-benar ikhas dari seorang hamba untuk mencari keredhaan dari Ilahi.

Tri Darini, 53, yang berasal dari kampung Sribit, Delanggu, ini dijadualkan untuk terbang ke Mekkah pada keesokkannya iaitu hari Selasa (9/7/2019) bersama dengan ribuan jemaah lain dari negara tersebut.

Tri Darini mengakui yang dia masih berasa terkej0t dan merasa benar-benar bersyukur dengan keajaiban hidup yang dialaminya. Dengan tekad dan usaha yang tidak pernah berhenti dia berusaha dengan gigih selama bertahun-tahun untuk menyimpan sedikit hasil dari pendapatannya untuk memenuhi rukun Islam yang Kelima tersebut.

Semuanya bermula dari pesanan oleh bapanya iaitu Haji Suyadi Sarto Dwijo yang mengingatkannya supaya senantiasa berusaha dengan sesungguhnya untuk memenuhi ibadah haji dan pesanan tersebutlah yang telah menguatkannya.

Walaupun dia hanya menjual keropok di jalanan, tetapi dia tetap berusaha untuk menyimpan sedikit pendapatannya bagi memenuhi tuntutan agama tersebut. Bermula dari tahun 2011, dia pun menyimpan sedikit demi sedikit sehinggalah namanya telah dipanggil dan memasuki senarai antara jemaah yang akan pergi menunaikan haji pada tahun ini.

” Ibubapa saya mempunyai 6 orang anak dan saya anak yang ketiga. Di antara adik beradik, saya seorang yang tidak mempunyai duit. Tetapi saya terus berusaha untuk menyimpannya. Ketika baya meningg4l pada tahun 2011, saya telah mempunyai sedikit simpanan.

Dan pada tahun itu saya mula mendaftar untuk ibadah haji dan terus berusaha untuk menyimpannya.” ungkap Tri Darini semasa ditemubual oleh seorang wartawan yang menemuramahnya.

Berbekalkan wang simpanan yang ada sebanyak Rupiah 25 juta ( RM7300 ), dia mula mendaftar untuk menunaikan haji dan masa menunggunya adalah selama sembilan tahun dari tarikh pendaftarannya itu. Dalam masa itu, dia perlu mencukupkan perbelanjaan haji yang ditetapkan sebanyak Rupiah 36 juta lagi ( RM10,555).

Setiap hari, dia akan membeli keropok dari seorang pemborong keropok dengan harga Rupiah 75 ribu. Dengan berbasikal lebih kurang 1.5 kilometer setiap hari, dapatlah dia untung bersih lebihkurang Rp30,000 sehingga Rp40,000 (lebihkurang RM 8.80-RM11.70). Dicampur dengan hasilnya menjual sayur, dapatlah pendapatan bersihnya sehari lebih kurang Rp100,000 (Rm29.30).

Manakala pendapatan dari menjaga lembu milik orang lain itu akan dibahagi dua dengan pemilik lembu selepas lembu dijual. Dalam setahun, biasanya dia dan suaminya akan mendapat Rp 4 juta (RM1170) dan pendapatan itu sebahagian besarnya di simpannya di simpanan hajinya.

Dia telah melakukan segala persiapan dan persediaan yang sepatutnya untuk dia dapat menunaikan haji dengan sempurna dan dia berharap supaya dia mampu melakukannya dengan baik dan semoga hajinya nanti akan diterima Allah S.W.T.

“Ketika di Mekkah nanti, saya akan berdoa memohonkan ampun untuk kedua ibubapa saya. Saya juga berdoa untuk saya, suami, dan anak-cucu saya. Saya juga ingin mendoakan pelanggan dan para jiran suapaya dapat menunaikan ibadah haji,” kata Tri Darini.

Sejak sebulan yang lalu, Tri Darini telah menghentikan segala kerjanya kerana ingin menumpukan perhatian kepada persediaan dan juga ingin menjaga kesihatan selama dia menunaikan haji di Mekkah nanti.

Jayidah Solikah, 23, iaitu salah seorang anak Tri darini berasa sangat bangga dan terharu apa yang telah dilakukan oleh ibunya itu dan juga memohon ibunya berdoa untuk dia bertemu jodoh yang baik selama ibunya itu di Mekah nanti.

Semoga kisah Tri Darini yang hanya menjual keropok dan menjual sayur di jalanan dan berusaha selama 28 tahun menyimpan duit untuk menunaikan haji di Mekah ini dapat memberi inspirasi kepada setiap orang Islam yang berada di seluruh dunia.

Ini kerana segala apa usaha yang kita lakukan untuk mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya pasti kan diberikan segala kemudahan dan jalan yang luas oleh Allah S.W.T. Semoga Tri Darini mendapat haji yang makbrur dan semoga segala doanya dimakbulkan.

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Facebook / Youtube