” Selalu Mark kena kan orang, last2 dia terkena balik. Sump4h kelakar !! “

Kerana Percayakan Lisa Surihani, Mark Adam Tersalah Pilih Penyamar Bersuara Sumb4ng. Alahai Kan Dah Terkena !!

Nama Fikri Mark Adam Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Mark Adam, penyanyi kelahiran Cebu, Filipina ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Selain berbakat besar dalam bidang nyanyian, Mark Adam yang juga merupakan seorang guru vokal. Beliau lebih dikenali di Malaysia berbanding negara kelahirannya.

Mark juga pemilik pusat latihan vokal, Suara Academy. Ramai sedia maklum, Mark telah berkahwin dengan wanita pilihan hatinya, Nor Azah Redzuan yang merupakan rakyat Malaysia. Jika anda mengikut rancangan I Can See Your Voice Malaysia pasti anda mengetahui Mark merupakan salah seorang ahli panel penyiasat dalam progam berkenaan.

Mempunyai personaliti yang sangat bersahaja, sentiasa merendah diri, menghormati orang lain dan berperwatakan kelakar membuatkan Mark Adam sangat disenangi ramai. Jika buka mulut untuk bercakap sahaja sudah kedengaran agak kelakar, inikan pula gelagatnya yang sangat bersahaja dan spontanĀ  membuatkan ramai yang terhibur dan bergelak ketawa.

Menerusi program I Can See Your Voice Malaysia bagi episod terakhir pada musim kedua ini, Mark Adam dijemput sebagai artis undangan. Jika sebelum ini Mark duduk di kerusi ahli panel penyiasat bersuara sumb4ng, tetapi kali ini Mark mempunyai tugas yang besar untuk mencari penyanyi sebenar.

Apa yang menariknya pada pusingan terakhir, Mark telah memilih untuk menyanyi bersama dengan seorang wanita yang memegang nama gelaran ‘Err0r 404’. Sebelum itu pelakon dan pengacara cantik manis, Lisa Surihani yang diundang sebagai ahli panel penyiasat jemputan pada minggu ini telah ditugaskan untuk mempertahankan penyanyi mister1 ‘Err0r 404’ ini.

Kerana percayakan Lisa Surihani yang dikatakan tidak pernah men1pu oleh Mark, akhirnya Mark telah terkena kerana ‘Err0r 404’ bukanlah seorang penyanyi sebenar dan merupakan seorang penyamar yang bersuara sumb4ng. Nama sebenar ‘Err0r 404’ adalah Nashalia Binti Nasriadi. Beliau berusia 18 tahun dan berkerja sambilan.

Rata-rata netizen terhibur dengan episod kali ini. Antara komen-komen netizen :

” Walaupun mark terpilih penyamar tp sekurang kurangnya terhibur aku dgn ep kali ni dr yg ep sebelum ni.. “

” Ok je pompuan ni, takde la ged1k mana, bagi aku nmpak comei perangai, suara dia pun cute.. “

” Dah 2 seasons jadi ahli panel penyiasat, belom tentu mampu untuk teka dengan betol. betol-betol mister1. hahaha.. “

” Hahaha.. ingatkan mark adam dapat si penyanyi.. rupanya si penyamar jga.. memang trbaik la last episod icsyv musim 2 ni.. “

” Selalu mark kena kan orng.. last2 dia terkena balik.. “

” Sump4h kelakar HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. kau memang lawak mark! hahaha.. “

” Kesian Mark, beria dia nak jadikan last episode ni best game tapi dapat lain pulak, takpa la janji enjoy kan.. “

” Hahahahahhaahah aduh sak1t perut gelak. Sumb4ng pun tak pa.. dpt duit.. “

Nampaknya harapan Mark untuk menjadikan episod terakhir ini sebagai ‘Perfect Game’ tidak berjaya kerana Mark sudah tersalah pilih. Memang terbaik lah lakonan Lisa Surihani sehingga berjaya meyakinkan Mark. Alahai Mark, kesiannya. Kan dah terkena, tak tahu nak kesian ke nak gelak. Hehehe.. Apa-apa pun tahniah buat Nashalia kerana berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM3000.

Jom tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : Youtube TV9 Official Malaysia by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..