” Sejuk perut ibu mengandung ” – Pandainya Ali Ikut Baba Saharul Ridzwan Solat Walaupun Seluar Ali S3ksi !!

Pasti anda semua masih ingat drama Kau Aku Kita yang pernah popular satu masa dahulu. Antara pelakon drama itu termasuklah Saharul Ridzwan. Sebelum melibatkan diri dalam dunia lakonan Saharul pernah menyertai pertandingan Hero Remaja 2011/12.

Saharul yang berasal dari Raub Pahang ini telah mendirikan rumahtangga bersama Deena Amir pada tahun 2016. Saharul dan Deena telah dikurniakan seorang cahayamata lelaki bernama Muhammad Luth Ali pada 6 Jun 2017 dan kini Ali sudah berusia 2 tahun.

Saharul dan Deena pernah membawa Ali mengikut mereka menunaikan ibadah Umrah ketika Ali berusia 18 bulan. Walaupun Ali sangat las4k ketika itu tetapi  mereka dapat menunaikan ibadah Umrah dengan mudah dan tenang. Segalanya dipermudahkan.

Pasangan ini turut sering berkongsi gambar dan video Ali di akaun Instagram mereka membuatkan ramai yang ger4m dengan kecomelan Ali. Malah Ali turut mempunyai akaun Instagram sendiri iaitu @kisahali. Sehingga kini, Ali mempunyai seramai 191 ribu pengikut di Instagram.

Terkini, Saharul memuat naik video Ali sedang mengikutnya menunaikan solat di akaun instagram miliknya. Mari kita saksikan keletah dan gelagat Ali yang bijak ini :

” Bulan depan boleh pergi terawih sesama ni. Ali anak baba “

Rata-rata peminat memberi pujian kepada Saharul dan Ali, antaranya ialah :

” Cutenya ali..bila nk jmpe cik yam “

” Moga saharul buat la lagi video solat dan baca quran.. Menjadi ikutan kepada generasi skrg.. Tahniah jadi bapa yang menjadi ikutan yang baik kepada anak “

” Tertunggu tunggu je Ali nk rebah terkedepan “

” Kepimpinan melalui teladan “

” Mcm nk swim tgk ali wt cm tu. semoga menjadi anak yg soleh ye ali syg “

” Ini lah saat2 kak suka melihat anak2 kecil turut serta bila ibu bapa solat. teramat comell dan indah “

” Alah lah rajin nye bersolat… bujang sorang ni “

” Pandai nye ali … ikut baba solat ye.. nanti blh pegi terawih plk ngan baba “

” Semoga terus menjadi ayah yg terbaik tuk keluarga bang “

” Sejuk perut ibu mengandung “

” Alhamdulillah tengok baik je anak daddy x kacau pn daddy solat “

” Comel la awk ali..jd ank yg soleh utk mummy n baba ye syg “

“Pandai dia solat walau tak tutup aurat. Moga jadi anak yang soleh ali.”

” Sejadah tu mcm karpet kat raudhah.. rindunyaaa madinah ” 

Alahai comelnya Ali. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tahniah buat Saharul dan Deena. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Ali menjadi anak yang soleh dan taat pada perintah Allah dan kedua ibu bapa.

Terima kasih kepada anda yang sudi membaca..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Saharul Ridzwan by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..