Sejak mendapat anak pertama, peniaga ini telah menyimpan duit syiling yang diterimanya.

Setelah Anaknya itu mencapai umur 21 tahun dia pun mengira semua wang syiling yang dikumpulnya itu.

Bagi sesetengah orang, duit syiling adalah selalu yang mele cehkan untuk di simpan. Kita selalu ingin menghabiskannya kerana kita beranggapan wang syilig adalah sesuatu yang mempunyai nilai yang sedikit, lebih lebih lagi ianya akan merumitkan untuk dikira jika terlalu banyak.

Tetapi bagi seorang anggota polis yang berasal dari Taiwan ini, dia telah menyimpan duit syiling sejak isterinya melahirkan seorang anak pertama. Dari anaknya lahir dia terus menyimpan duit syiling yang didapatnya. Dia menggunakan segala-gala bekas seperti tin makanan bayi, bekas-bekas terpakai untuk menyimpan duit syiling tersebut.

Sehinggalah anaknya itu berusia 21 tahun, dia terdetik untuk melihat dan mengatahui jumlah duit syiling yang telah dikumpulnya sejak lama. Lelaki tersebut yang bernama Huang Jianzi adalah seorang peniaga yang berniaga di pasar malam.

Ketika dia berumur 30 tahun, isterinya telah melahirkan seorang anak lelaki. dan semenjak itulah dia mengambil keputusan untuk menyimpan duit syiling yang didapatnya ketika berniaga.


Sumber imej: 壹 Weekly

Dia berbuat begitu adalah sebagai simpanan untuk anak lelakinya itu ketika anaknya itu telah dewasa. Dia akan menyerahkan segala simpanan syilingnya itu kepada anaknya ketika anaknya itu telah mencapai umur 21 tahun.

Dia berharap apabila anaknya bertambah satu hari, dia akan memberikan wang itu kepada anaknya untuk melihat apakah dia mahu memulakan perniagaan atau membeli sebuah rumah.


Sumber imej: 壹 Weekly

Apa yang lebih mengagumkan ialah duit syiling disimpan dalam bekas-bekas ini sangat baru dan berkilat, kerana Huang Jianzhi menghabiskan sepuluh minit setiap hari dan membersihkan duit syiling tersebut dengan sejenis minyak.

Dia berkata ketika dia masih kecil, keluarganya sangat sukar. Ibu bapanya membuat pelbagai pekerjaan untuk membesarkan mereka. Bapanya mengusahakan sedikit tanah untuk berkebun
bagi menambah pendapatan keluarga mereka dan mereka akan menolong bapa mereka ketika mereka tidak bersekolah.

Sebagai upah, bapa mereka akan memberikan beberapa keping syiling. Dan mereka adik beradik akan menyimpannya sehingga beberapa lama. Detik paling mengembirakan adalah ketika mereka  mengira duit syiling tersebut untuk mengetahui jumlahnya.

Kerana kebiasaan itu, dia terus mengamalkannya selepas dia berkahwin. Selepas beberapa lama mengumpul, dia akan mengira dan menghantarnya ke bank untuk disimpan. Tetapi sejak mendapat cahayamata pertama, dia terus menyimpannya sehinggalah anaknya itu berusia 21 tahun!


Sumber imej: 壹 Weekly

Baru-baru ini dia memanggil anaknya yang telah berusia 21 tahun itu untuk mengira jumlah duit syiling yang telah dikumpulnya itu. Dia mengambil semua tabung, bekas-bekas yang mengandungi duit syiling dan meletakkannya di atas sebuah katil.  Selepas tiada lagi tabung yang tinggal, mereka mula mengiranya.

Selepas dikira, mereka membawanya ke bank pula untuk mengesahkannya. Ternyata duit syiling yang dikumpulnya selama ini berjumlah 2 juta NT ( lebih kurang bersamaan RM 266, 720)!


Sumber imej: 壹 Weekly

Melihat wang sebanyak itu yang telah terkumpul untuk masa yang lama, Huang Jianzhi berharap anaknya dapat memanfaatkannya dengan sebaik mungkin. Tetapi yang paling penting dia berharap anaknya itu berkahwin dengan cepat.


Sumber imej: 壹 Weekly

Anak sulungnya itu, Huang Junhao mended4hkan bahawa ayah tidak memberitahunya tentang duit syiling itu. Dia juga tidak pernah mengambil tahu dan tidak pernah bertanyakan tentang perkara itu kepada ayahnya itu. Dia berharap dia tidak akan mengecew4kan bapanya dalam membelanjakan wang yang diterimanya!

Terima Kasih kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Micelle