” Sedapnya suara. Mengaji pun merdu.. ” – Netizen

Berjaya Khatam Al-Quran Dalam 9 Malam Terakhir Di Bulan Ramadhan, Video Dato’ Siti Nurhaliza Mengaji Al-Quran Cur1 Perhatian Ramai. Subhanallah, Merdunya Suara !!

Ramadhan adalah bulan keberkatan dan bulan yang ditunggu-tunggu umat Islam khasnya. Dijanjikan pahala berganda, ramai yang mengejar untuk berbuat baik dan amalan sunat sepanjang bulan Ramadhan. Sebagaimana disarankan, amalan membaca Alquran dan khatam menjadi antara fokus utama pada bulan Ramadhan.

Sebagaimana orang lain, penyanyi terkenal nombor 1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza juga tidak melepaskan peluang keemasan ini. Jika beberapa hari lalu, peminat seluruh negara disajikan dengan berita dari Nora Danish yang berjaya khatam di hari ke 9 terakhir Ramadhan.

Dato’ Siti juga nampaknya berjaya menghabiskan bacaannya untuk layak khatam pada hari yang sama. Merakamkan detik beliau membaca surat terakhir di helaian terakhir naskah suci ini buat peminat sejuk telinga mendengar alunan suaranya yang sangat merdu.

Menerusi akaun Instagram H0t FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tokti sedang membaca surah terakhir dalam naskah Al-Quran untuk khatam pada Ramadhan ini. Alunan suara Tokti yang sungguh merdu buat ramai kagum.

Jom tonton video di bawah :

Bacaan Dato’ Siti ini mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :

” Mengaji pun merdu.. “

” Pipi merah mesti sebab happy sangat. Tahniah tokti.. “

” Alhamdulillah, teruskan menjadi contoh yang baik pada masyarakat.. “

” Moga jadi qudwah buat Masyarakat.. “

” Sedapnya suara.. “

” Alhamdulillah.. “

Merdu membuai jiwa mendengar suara Dato’ Siti yang merdu ini. Menyanyi sudah cukup lemak suaranya, mengalunkan ayat suci Al-Quran lebih merdu bunyinya. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah buat Tokti, semoga dilindungi Allah sentiasa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG H0tfm 976, IG Dato’ Siti Nurhaliza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..