” Sedapnya suara mama, kita pulak mengantuk dibuai suara Sari.. ” – Netizen

Video Dariya Inara Cuba Hiburkan Adik Khidir Dengan Nyanyian Pelatnya. Namun Suara Sari Yanti Yang Turut Menyanyi Sama Jadi Tumpuan. Lunak Suaranya Boleh Duet Dengan Abah Jep Ni !! 

Sari Yanti bukan asing lagi bagi peminat seni tanahair. Bintang yang mula dikenali dengan drama Kisah Kaisara ini sentiasa kelihatan muda dek kerana tubuh kecilnya. Siapa sangka wajah keanak-anakan tapi sebenarnya sudah pun bergelar isteri dan ibu kepada 4 orang anak.

Menikahi Jep Sepahtu, Sari selamat melahirkan anak kedua mereka 9 Jun yang lalu. Anak sulung mereka Dariya Inara dan cahayamata baru ini pula dinamakan sebagai Muhammad Khidir. Manakala Barr Al Aliy dan Baasit pula adalah anak Sari daripada perkahwinan pertamanya dahulu.

Sehingga ke hari ini, peminat belum dikongsikan lagi wajah baby Khidir. Hanya kelihatan dari sipi-sipi sahaja. Dariya dan Baasit pula nampak lebih teruja menjaga baby Khidir. Ada sahaja aksi menarik mereka yang duduk tercongok di tepi katil Khidir.

Meninjau akaun Instagram Sari Yanti, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Dariya cuba mendodoikan adiknya Khidir dengan menyanyi. Dengan sebutan pelat-pelatnya itu, gaya nyanyian Dariya mencuit hati. Suara Sari pun pun sedap rupanya bila menyanyi.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Segala lagu nak nyanyi. Mama terpaksa assist 😅

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on

Nyanyian Sari dan Dariya ini dipuji peminat. Jarang boleh dengar Sari ‘payung’ nyanyian sebegini. Antara komen-komen peminat :

” Alahaii cantiknyaaa dia, sebijik ikut mama . Suara mama merdunya.. “

” Oh my god. Bijaknya dia. Suara mama pun merdu.. “

” Sedapnya suara mama. Kita pulak ngantok dibuai suara Sari.. “

” Pandainya dia nyanyikan untuk adik. Merdu suara mama . hehehe.. “

” Suara mama merdu nau. Kakak dariya sgt comel.. “

” Jadi mak ni macam-macam koje part time kena buat termasuk kena jadi penyanyi. Tapi sedap suara mama.. “

” Sari, you dah boleh buat kids programme cos u got that beautiful voice to sing children rhymes.. “

Mendayu betul suara Sari tu. Seronok macam dengar video lagu kanak-kanak pulak rasanya. Dariya pun bagus dah pandai jaga Khidir. Sebutan Khidir tu pun dah comel. Apa pun, semoga Dariya dan Khidir membesar menjadi anak yang soleh solehah serta menyenangkan hati kedua ibu bapa. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sari Yanti

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..