” Sedapnya suara kakak Shiha tu. Suara lemak-lemak merdu tu.. “

Video Nyanyian Shiha Zikir Bersama Kakaknya Eida Zikir Raih Perhatian Netizen. Lent0k Betul Suara Kakak Shiha Ni. Sump4h Merdu Sangat !!

Setelah penyertaannya di dalam rancangan realiti TV Mentor, nama Shiha Zikir mula meningkat naik. Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha binti Mohd Zikir dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tanggal 2 November 1987. Memiliki suara yang merdu dan sedap, Shiha membawakan lagu-lagu Irama Malaysia, Dangdut dan Pop.

Tahun 2005 menyaksikan detik permulaan langkah Shiha di dalam dunia hiburan tanahair setelah berhijrah ke Kuala Lumpur. Mungkin ramai yang tidak mengetahui, Shiha pernah terpilih sebagai peserta Top 20 di rancangan Akademi Fantasia musim ketiga.

Tidak terhenti setakat di dalam negara, Shiha melebarkan bakatnya dengan mewakili negara di Dangdut Academy Asia 2015 dan kesan dari penyertaannya ini membuatkan namanya terkenal di Indonesia. Selain nyanyian, Shiha juga berbakat sebagai seorang pelakon dan pengacara.

Menerusi akaun Instagram, Shiha Zikir telah berkongsikan satu video rakaman beliau bersama kakaknya bernama Eida Zikir sedang menyanyikan lagu Kurik Kundi. Suara kakak Shiha itu menjadi tarikan netizen kerana merdu dan lenggoknya yang tersendiri. Syok sangat dengar !

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji kelunakan suara Shiha dan kakaknya itu. Antara komen-komen netizen :

” Besttt dua-dua sedap. Rasa nak kunyah jee.. “

” Terhibur la dengan gelak kak shiha nii.. “

” Allah sedapnya suara dua beradik.. Nak suara camtu plissss.. “

” Sedap suara kakak.. “

” Sedapnya suara kakak Shiha tu.. Suara lemak-lemak merdu tu.. “

” Wow terbaik punya suara.. “

Mendayu betul suara kakak Shiha ni. Memang nak terlent0k dengar suaranya sedap sangat. Boleh join Shiha masuk pertandingan ni confirm boleh menang. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Shiha dan kakaknya ini akan berpeluang mengembangkan bakat yang ada di masa hadapan. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shiha Zikir by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..