” Sedih dengar betapa sayangnya pada ibunya. Asyik menang1s masa balik tabir bersama ibu dan isterinya masa tu.. “
Ustaz Ebit Lew Kongsi Video Abam Bocey Cerita Rahsia Rezeki Melimpah Ruah. Siapa Sangka Sisi Lain Abam Yang Mengagumkan. Allah Sayang !!!
Negara kehil4ngan sebutir lagi bintang yang berbakat besar. Kehil4ngan yang menyentuh hati semua orang dan membuatkan netizen turut menang1s. Tanggal 10 Februari, seawal jam 7 pagi isteri kepada pelawak terkenal Abam Bocey telah memberikan khabar duk4 buat semua.
Siti Norhidayah memaklumkan bahawa Abam sudahpun pergi menemui penciptaNya. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Ridzuan dilahirkan pada 19 Januari 1988. Beliau merupakan anggota kumpulan Bocey yang popular bersama rakannya Fad dan Achey.
Abam juga merupakan abang kepada pelawak Ali Puteh. Anak sulung kepada Sabariah Arshad ini sememangnya seorang anak yang baik dan banyak berbakti kepada ibunya. Jika masih diingat, Abam pernah membawa ibunya naik ke pentas Maharajalawak Mega meraikan kemenangannya di dalam rancangan realiti itu.
Menerusi akaun Instagram, Ustaz Ebit Lew telah berkongsikan satu video semasa beliau bersama arw4h Abam Bocey dalam satu program di TV Alhijrah. Setiap bait ayat yang diungkapkan oleh Abam berserta raut wajahnya yang seb4k membuatkan netizen menitiskan airmata. Allahuakbar, hebatnya kasih sayang seorang anak dan abang bernama Abam !
Jom tonton video di bawah :
” Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Sahabat yang baik. Walau beberapa kali berjumpa. Kami selalu bermesej. Abam nak ikut pergi tepi jalan berdakwah dan bagi orang makan. Katanya saya sayang ustaz teruskan dakwah yer ustaz dengan kasih sayang. Semua orang rindukannya.. “
” Saya tanya apa rahsia rezeki melimpah ruah. Sedih dengar betapa sayangnya pada ibunya. Asyik menangis masa balik tabir bersama ibunya dan isterinya masa tu. Abam cari rezeki kuat bantu mak dan adik. Sponsor adik kahwin. Semua dah kahwin baru abam kahwin. Betapa susah mak menjaga masa kecil. Dia sebak masa sebut semua tu. Ya Allah.. “
” Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey semoga Allah ampunkan semua dosa dan beri syurga Firdaus buat dirinya. Semoga ibu, isteri dan seisi keluarga kuat yer. Allah sayang semuanya-ebitlew.. “
Rata-rata netizen sebak dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :
” Allah sayang.. Semoga ahli keluarga abam kuat dan tabah.. “
” Pemergiannye sangat dicemb0rui Allahuakbar. Allah sayang abam. Alfatihah.. “
” Orang yang baik meninggal disebut-sebut nama dan kebaikannya.. Semoga ditempatkan bersama orang yang soleh.. Aamiin.. “
” Allahhuakbar.. Sungguh mulia hati arwah.. Orang baik semua Allah jemput dahulu. Al fatihah buat abam.. “
” Moga syurga buat abam. Sentiasa mendahului ibu. Sentiasa jaga kebajikan adik beradik… “
” Arwah abam ni jujur memang ikhlas dan baik orangnya, walau tak pernah jumpa dan bersua.. Semoga allah mencucuri rahmat ke atas arwah abam.. “
Mulianya hati seorang anak dan abang yang penuh dengan rasa tanggungjawab ini. Semua untuk dirinya diketepikan kerana baginya ibu dan adik-adiknya lebih utama. Moga Allah sahaja membalas segala budi dan jasa Abam ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Abam ditempatkan di kalangan orang beriman.. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ebit Lew, IG Abam Bocey by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..