” Sebulan 2-3 kali mak mertua datang bermalam kadang tido 3-4 hari baru balik.. kalau setakat datang bermalam tak jadi hal.

Ini datang bermalam dan tido sebilik dengan kami…”

Banyak kali kita mendengar tentang hubungan antara ibu mertua dan menantu yang renggang. Kebanyakkannya berlaku antara ibu mertua dan menantu perempuan dan sangat jarang berlaku antara bapa mertua dan menantu lelaki.

Ini mungkin disebabkan oleh sifat perempuan yang sens1t1f dan teliti dalam apa jua hal. Jadi apa juga kata-kata ataupan penglihatan yang tidak kena pasti menjadi isu bagi kaum perempuan.

Tetapi ada juga ibu mertua yang kadang-kadang melebihi batas dalam hubungan anak-anak mereka. Seperti kisah yang dikongsikan oleh wanita ini

Mari kita baca luahan beliau seperti di bawah

Salam min…hide fb. sya guna fb kwn sya…

Apa prasaan anda bila mak mertua kerap dtg brmlm di rumah anda? Sebulan 2-3 kli dtg brmlm kdg tido 3-4 ari bru balik.. klu stkat dtg brmlm x jdi hal ini dtg brmlm dn tido sebilik dgn kami..

Alsan mak mertua, takut tido sesorg kt bilik tetamu,konon ada bunyi2 meyeramkn,klu semingu dia brmlm kt umh,seminggu la dia tido dgn kami.. tuk pegetahuan semua kmi bru pindah rumh sndiri, dlu duk dgn mil.. msa duk dgn mil pn dia kerap tido sma2 kmi.

Lgi 1 klu dia dtg ke rumah kami… Penuh sebonet brg2 dia.. bantal,selimut, dulang,pingan2,karpet2 x pkai kt umah dia, dia angkut bwk ke rumah kami.. smpai stor penuh dgn brg2 mil jea.. bukn sya x suka brg2 tuk min, mslhnya kmi x perlukn brg2 sbb dlm umah cuma sya dn suami jea…

Mak mertua sya prnah ckp “umah ni umah ank aq,suka ati aq la nk buat apa,nk pindah nk amik rumah ni pn bole.. kau cuma menantu x de hak kt hrta ank aq.. rsa sedih sgt msa tu..tuhan jea yg tahu..”

Tuk pegetahuan , sya dn suami prnah brpisah selma setahun gara2 mertua (cuma brpisah rumah bukn brcer4i) wktu tu mertua selalu ugkit bab ank.. sya dn suami brkwin hmpir 6 thun tpi blum ada zuriat. Mak mertua selalu buat sya stres.

2 kli sesi kauseling di pjbt agma dn ats nsihat org tua sya…sya ambil keputusan tuk brbaik dgn suami. Sya cuba brsabar slgi trdaya..

Trima ksih pda semua.. baik dn buruk komen anda sya trima dgn hati yg trbuk4.. tq

Begitulah luahan hati wanita ini yang sudah merasa tidak tahan dengan sikap mertuanya yang langsung tidak memahami privasi yang diperlukan oleh pasangan berumahtangga.

Terima kasih kerana membaca. Silakan SHARE Ya!

Disediakan dan Disusun Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Page KRT