” Sebijik muka daddy dia, so cantik.. ” – Netizen
Kongsi Video Hari Pertama Persekolahan, Wajah Anak Zul Huzaimy, Indah Armani Raih Perhatian Peminat. Cantik Dan Manis Orangnya, Seindah Namanya !!
Zul Huzaimy merupakan seorang pelakon, pengarah dan juga pengacara. Untuk rekod, Zul berkahwin dengan Nur Ernawati Mohamad Nor dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Indah Armani dan Indra Arjuna.
Meninjau ke akaun Instagram, Zul ada memuatnaik sebuah video yang memaparkan gelagat anaknya iaitu Indah Armani ketika hari pertama persekolahan. Video yang dirakamkan semalam ini telah mendapat lebih daripada 6 ribu tanda suka sejak ia dikongsikan.
Pada awal pagi, Indah nampak masih mengantuk untuk pergi ke sekolah. Namun ketika pulang dari sekolah, Indah nampak begitu ceria sekali. Maklumlah dapat berjumpa kawan-kawan yang sudah lama tidak bersua muka.
Ramai memuji wajah cantik Indah yang banyak mewarisi wajah bapanya di ruangan komen. Kerana wajahnya yang cantik dan comel, Indah pernah menjadi model kanak-kanak untuk memperagakan pakaian kanak-kanak.
Jom tonton video di bawah :
Indahnya wajah Indah, seindah namanya. Rata-rata peminat memuji kecomelannya. Antara komen-komen yang diberikan :
” Muka ayah betul, cantik indah secantik namanya.. abg jgn pamer or ded4h sekolah mana nanti bahay4 untuk anak.. “
” Cantiklah indah, dah besar dia.. cepat betul masa berlalu.. anak ayah sungguh, so cute .. dah sekolah dah dia.. “
” Awww so sweet.. comelnya indah.. mlm ni mesti pengsan tidur tu.. siap pimpin tangan dah dgn bestie.. “
” Armani sebijik macam muka abg zulhuzaimy . Anak ayah ni cantik.. skolah saya dulu ni.. rindunya.. dok setiawangsa ke . Berjiran lah kita.. “
” Cantiknya indah, muka sebijik abg zul.. bestnya jadi anak zulhuzaimy.. mesti glamor kat sekolah.. kenapa tie dh smpi lutut tu.. “
” Sebijik muka daddy dia, so cantik.. belajar pandai pandai ye syg, semoga jadi orang yang berguna .. “
” Cantik anaknya..cikgu tanya nama ayah sapa.. nama zulhuzaimy aka spark.. anak ayah ni cantik betui .. “
Bak kata pepatah, ke mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kalau bapanya sudah handsome, anak pun pastinya cantik dan manis orangnya. Semoga Indah Armani membesar menjadi anak yang solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Zulhuzaimy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..