” Kecil comel, besar cantik. Cantik dia macam mamanya.. ” – Netizen

Abby Abadi Kongsi Gambar Wajah Anak Daranya, Marissa Dania Hakim Ketika Umurnya Setahun Dan Gambar Terbaru Yang Kini Berusia 15 Tahun. Alahai Dari Kecil Dah Cantik Orangnya !!

Nama Abby Abadi cukup dikenali ramai. Muncul pertama kalinya menerusi kumpulan trio wanita Elite, nama Abby bertahan dalam industri hiburan sehingga kini. Sekalipun Elite sudah terkubur, Abby meneruskan bakat seni lakonannya.

Kisah kehidupan Abby bersama suami dan anak-anak sering dikongsikan di akaun Instagramnya dan ia menjadi tumpuan peminat. Akrab dengan bekas suaminya Norman Hakim dan juga Memey Suhaiza, kemesraan di antara mereka menyenangkan ramai peminat.

Memiliki 3 orang anak ketika bersama Norman dulu iaitu Danish, Marissa Dania dan Maria Danisha, ketiga-tiganya sudah meningkat dewasa. Kelmarin 2 Julai adalah ulangtahun kelahiran Dania yang ke 15 tahun. Anak sulungnya yang ‘terpaks4’ dilahirkan di dalam kereta berbelas tahun dahulu.

Meninjau akaun Instagram Abby Abadi, telah dikongsikan sekeping gambar Dania ketika berusia 1 tahun dan terkini 15 tahun. Turut sama memberi ucapan istimewa buat puterinya ini, wajah Dania jadi tumpuan netizen. Like mother la Dania.

Jom baca perkongsian di bawah :

Wajah Marissa ini persis sungguh dengan wajah Abby. Antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah comel masa kecil remaja cantik mcm mama. Amin.. “

” Sebiji kak abby masa muda dlu.. Cntik lemah lembut. sopan aje.. “

” Kecil comel besar cantik. Cantik dia macam mama nya.. “

” Masha Allah.. cantiknyaa malissa, persis ibunya.. “

” Comelnya dia dari kecik sampai ke besar.. “

” Lawanya anak cam akak masa muda. Cantik sgt-sgt.. “

” Manisnya lahhhhhh anak dara kak abby. Indahnye ciptaan tuhan.. “

” Lah4iii comelnya.. Dah besar kemain cantik. masa kecik seiras Daiyan. Happy Birthday sayang.. “

Memang manis anak dar4 Abby yang ini. Melihat Marissa seperti Abby zaman muda remaja. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Marissa Dania. Semoga menjadi anak yang solehah dan berguna untuk kedua ibu bapa kelak. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Abby Abadi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..